Wednesday 29 October 2014

deco2 bilik air + tandas anak2

assalamualaikum semua

di rumah aku ada dua bilik air + tandas. tapi anak2 ku suka sangat guna bilik air yang ada dalam bilik utama. alasan diorang sebab ada bath tub... huh hampeh betul.. tak ada privacy jadinya.  So selepas berbincang dengan en hubby aku pun dengan semangatnya pergilah ke daiso untuk membuat sedikit deco2 untuk tandas bebudak tu.


disebabkan izah suka kaler puple, wani suka pink dan azim suka oren aku pun belilah warna biru.  (nak kasi adil kan) shower curtain dengan besinya aku beli kat daiso aje. dua benda tu RM10. lepas tu beli penutup tandas tu RM13.00.

kita zoom pada penutup tandas tu... lawo tak.. ada rama2 lagi ko... lepas tu aku beli alas lantai pulak. pun kaler biru jugak 6 keping. 1 keping harganya RM2.99 = RM17.95.

untuk pengetahuan korang rumah aku ni dah ada disediakan sinki betul2 berdepan dengan pintu tandas. maknanya ada disebelah luar tandas lah.  yang ini pun aku deco dengan kaler biru jugak.  pejam mata aje lah tengok kesan tompokan kotoran tu ye. dah cuba hilangkan tapi tak boleh jugak... cacat pemandangan.  rancangan akan datang aku nak cari cermin beso untuk digantung kat sini. cermin yang ada tu tak berapa sesuai pulak. comel sangat.   tapi tunggu dululah.  kumpul pulus dulu. banyak lagi nak pakai duit untuk tujuan lain.


ini pulak pemandangan di dalam ruang mandi yang aku dah pasang shower curtain tu.  aku dah siap pasangkan pemanas air jugak. tapi anak2 masih tak mahu guna...

ok tak deco2 yang simpel ni.  sebenarnya aku cadang nak beli yang sama dengan warna tile ni (coklat) tapi bebudak ni tak mahu.. dia org kata macam warna najis... huh. maka jadilah deco2 coklat combine dengan biru..

tapi yang syoknya bebudak dah mula guna tandas no 2 ni.  alhamdulilah.. lega ko..tak adalah pagi2 kena beratur bila nak mandi. terutama sekali kalau wani yang mandi... berjam menunggu... dia boleh berangan lagi dalam tandas masa mandi sambil nyanyi2 lagi... mahu mama dia tak keluar tanduk..... 




-


-



-





-





-




-







-


inilah puncanya aku rasa bebudak tak suka mandi dalam bilik air diorang. tile ini terpaksa dipecahkan sebab paip bocor. huhuhu. dah ok tapi nak cari tile yang serupa memang tak akan jumpa la.... aku dah ada idea macam mana nak buat pada dinding ni.  yang penting tampal dulu .. nanti kalau dah siap aku tunjuk ye...


semoga berjumpa lagi.. bye bye.....




No comments: