Monday, 20 October 2014

mengembara ke Sabah part 1



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blogku... 

Kali ni saya nak bercerita pula perjalanan mengembara daripada Bandaraya Kuching Sarawak ke Kota Kinabalu Sabah melalui Brunei.  Perjalanan pergi mengambil masa 1 hari setengah. Rasanya tak perlulah nak bercerita bila kejadian ini berlaku.  cukuplah sekadar berkongsi pengalaman terutama kepada sesiapa yang berhajat nak buat perkara yang sama.  kena cekal dan tabah tau..

Hari pertama

Bergerak daripada rumah jam 5.00 pagi.  (susah betul nak kejutkan anak2).  Jam 6 pagi kami singgah di sebuah masjid untuk solat subuh lepas tu sambung balik.  Sepanjang hari ini kami memang berada dalam kereta aje. kami  berhenti rehat untuk makan tengahari sahaja. masa ni target nak sampai Miri petang.  alhamdulillah jam 5 petang kami berjaya sampai dan terus check in hotel yang memang ditempah awal.  (jangan main serbu aje, kalau hotel penuh kena tido dalam keta nanti... tak mau, tak mau. letih wooo).  lepas makan aje kami sekeluarga terus lena sampai pagi... hahaha.

Hari kedua

Hari ni kami bergerak lagi memasuki brunei. keluar brunei jumpa Limbang, masuk semula brunei dan keluar Lawas.  untuk pengetahuan semua pasport kami akan dicop sebanyak 10 kali untuk perjalanan pergi dan 10 kali untuk perjalanan balik.  (banyak nya... hahaha).  setelah mengharungi dan berjumpa staf imigresen di setiap pondok kawalan, akhirnya kami pun sampailah ke home stay yang ditempah yang terletak berhampiran dengan Bandar Kota Kinabalu Jam 3 petang.  fuh legaaaa...

lepas rehat sekejap (tak boleh lama-lama wooo, rugi) kami mula cari makan sambil ronda-ronda tengok bandar KK menjelang senja.








satu lagi pos kawalan imigresen untuk masuk ke sabah pulak

pemandangan waktu senja di bandar KK.  cantik kan??? masa ni kami tengah ronda-ronda..



Hari ketiga

misi hari ketiga adalah pergi ke timpohan gate iaitu lokasi pertama yang perlu dilalui oleh para pendaki gunung kinabalu.  (saya dah pernah daki gunung ni dulu. tapi 10 tahun dulu masa gagah perkasa lagi.  sekarang kalau suruh mendaki lagi tak tau boleh lagi ke tak... badan dah montel. hahaha).  nak sampai ke kaki gunung ni, kita akan melalui Kundasang yang memang sejuk.  kebetulan waktu ni hujan.  jadi sejuk 2 kali ganda la.  rasa macam melancong kat oversea pulak.. cewah..





sebenarnya gayat, tapi nak jugak panjat. lepas tu tergetar2 lutut nak turun. hahaha




azim berposing dengan payungnya. haha.  masa aku snap gambo ni dia tak tau


 sempat lagi berposing kat depan gate walaupun hujan... sejuk wooo


petang tu kami bergerak ke jeti pulak untuk beli tiket sebab perancangan untuk esok, nak naik bot pergi ke Pulau Manukan konon2 nak snorkeling pulak...





 dah panjang aku tulis.  untuk hari berikutnya baca pulak part 2 ye.. 

like