Thursday 20 November 2014

bilik air dalam master bedroom

assalamualaikum dan selamat sejahtera

sebelum ini saya pernah cerita pasal deco2 bilik air anak2.  So hari ini saya nak kongsikan deco2 bilik air yang ada dalam master bedroom kami...

sebelum ini saya ada postkan pemasangan rak towel. boleh tengok di sini.  gambo ni saya ambil pagi tadi sebelum pergi kerja ye. sila abaikan percikan air yang masih belum kering tu.... lalalala....


inilah pemandangan daripada pintu masuk. bilik air ini telah disediakan sinki bersekali dengan table top.  bahagian bawah tu masih melopong lagi. cadangan akan datang nak buat pintu kabinet untuk menyimpan barang-barang seperti pencuci lantai dsbnya. tapi entah bila lah ye.... banyak benda lain yang lebih penting yang perlu didahulukan.

lepas masuk aje bilik air ni nampaklah tempat melepas.  tak banyak perubahan dalam bilik air ni. saya cuma tambahkan floor mat warna merah aje. konon2 nak kasi berseri sikit.  penyapu tu memang saya sengaja pastikan ada dalam bilik air.  senang nak mencuci lantai.. sambil mandi pun boleh cuci...


saya tak berapa suka tengok barang2 bersepah atas sinki. jadinya saya belilah rak kaca ni untuk menyimpan semua peralatan kebersihan diri seperti berus gigi, pencuci muka dll.... tapi masa beli tu tengok cantik aje... tak terfikir yang kaca ni jenis clear. bila letak barang nampak lah pulak isi dalamnya.... tapi comel jugak kan.... tuala kecik tu untuk lap tangan.

atas tu towel rack yang pernah saya post dalam entry sebelum ini.  bath tab tu saya letak aje. belum pasang sepenuhnya.  saya suka guna bath tab ni  bukan untuk berendam macam orang putih tu, tapi dengan adanya benda ni dapat mengurangkan percikan air daripada shower masa mandi. buat masa ni belum dipasang sepenuhnya...  tapi bebudak dah rasmikan. diorang berendam tak ingat dunia... melambung lah bil air...  saya pasang juga curtain tu untuk pembahagi ruang mandi dengan ruang tandas. pada bahagian ini dinding memang cepat kotor sebab terkena percikan air aje...


disebabkan rumah kami terletak berdekatan dengan gunung, nak mandi pagi punya lah sejuk.  jadi kedua2 bilik air kami pasang lah pemanas air... kalau ada 1 bilik air aje yang ada pemanas air, alamatnya beratur panjang lah setiap pagi... kuang kuang kuang.....  bukan pagi aje bebudak ni mandi air panas.. petang lepas main basikal pun diorang bantai mandi air panas..... sabo aje lah


inilah rupa tab mandi kami yang masih belum dipasang tapi dah digunakan... kalau tengok dari depan macam dah siap pasang aje kan? saya memang sengaja beli tab mandi yang dah ada tepi sekali. nampak cantik....


saya kan jenis rimas dengan botol2 yang berbagai kaler tu. jadi saya belilah dispenser ni untuk meletakkan sabun mandi dan shampoo.... lokasinya sebelah shower tadi... tapi kalau bebudak mandi dalam bath tab tu memang satu bekas sabun mandi ini lah habis...sob! sob! lari bajet beli sabun mandi. 


sekian, cerita saya... 

wasalam

No comments: