Sunday, 30 November 2014

cara susunan fail

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

entry kali ini saya nak cerita pasal sistem filing yang saya gunakan untuk menyimpan dokumen peribadi kami sekeluarga..

begini lah rupa fail yang ada buat masa ni. satu kaler biru dan satu lagi kaler putih.  disebabkan ada 2 aje fail, jadi saya tidak merancanglah nak buat muka depannya... biar ajelah begitu...


memula saya tunjukkan fail biru dulu ye.. pada muka depan saya buat senarai kandungan fail.. ala macam buku juga. kan ada senarai kandungan kat depannya. tujuannya adalah untuk memudahkan pencariaan. sebelum ni saya main sumbat aje.. akibatnya kalau nak cari dokumen kena selak satu persatu.. kadang-kadang tak jumpa... lepas  2, 3 kali selak baru jumpa.. haru jadinya...


ok.. untuk fail biru ini saya gunakan untuk menyimpan dokumen pasal insuran kesihatan, pendidikan dan perbankkan.. setiap bahagian saya buat pembahagi dan saya tampalkan logo. comel tak??? contohnya logo Takaful Malaysia ni..



ok.. kita zoom sikit... nampakkan kertas pembahagi pada belah tepi kanan tu... macam2 kaler ade... setiap pembahagi saya letak logo....


 seterusnya kita tengok pulak apa yang ada dalam fail putih ini. sama macam fail biru tadi pada muka depan tu saya letakkan senarai isi kandungan fail.. fail putih ni saya banyak gunakan plastik sebab nak simpan dokumen yang tak mau ditebuk.. sebab tu sebelum bahagian isi kandungan ada lagi plastik kosong yang belum digunakan...


fail ini saya gunakan untuk menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan rumah, kenderaan dan segala dokumen yang tak boleh ditebuk.   segala dokumen LHDN pun saya simpan dalam ni.  segala resit beli buku, komputer dan sebagainya saya masukkan dalam sampul plastik dan simpan dalam fail ini. resit beli buku kan comel aje. tak sesuai pulak nak tebuk dan simpan dalam fail.
 


yang ini pula saya simpan segala geran motor dan kereta. pun guna plastik jugak.. takkan lah nak tebuk geran motor dengan geran kereta kan.... segala geran ini saya kepilkan sekali dengan insurannya.. senang kalau road tax dah nak mati cari dalam ini jugak.. tak payah nak punggah dalam fail lain...
  


segala barang yang ada user manual saya pun simpan dalam fail ini. sebelum ni bersepah2 simpan dalam laci. kalau ada masalah jenuh geledah dalam laci..  tv guna brand sharp..... hahaha...

  


ini pun penting jugak. segala barang yang masih dalam warranty saya simpan sekali dalam sampul plastik... biasanya resit pembelian saya sekalikan dengan warrantynya.  rujuk gambar di bawah.. 

  

ini lah sistem menyimpan dokumen yang saya gunakan.  untuk dokumen penting macam surat beranak dan salinan sijil2 saya simpan dalam fail lain. konsepnya sama macam fail ini tapi rasanya tak perlulah nak tunjuk kan??  segan pulak kalau orang nampak result exam anak2 ku.. hehehe..

sekian......  






like