Thursday 6 November 2014

cerita pasal karpet

assalamualaikum semua..


hari ini saya nak bercerita pasal karpet pulak...  tidak dinafikan ramai yang menggemari karpet sebagai penyeri lantai rumah. Rumah berkonsepkan moden tidak lagi sesuai menggunakan corak atau motif karpet klasik. Penggunaan karpet tanpa corak kadang-kadang lebih popular untuk menimbulkan gaya ringkas. Kebanyakan orang memilih karpet ruang tamu berwarna garang seperti warna merah atau purple jika sofa atau kusyen berwarna cerah untuk menimbulkan kontras warna. Selain itu,warna dan corak karpet boleh juga dipadankan dengan warna langsir, mahupun warna cat dinding atau bantal kusyen kecil ruang tamu. Selain itu, karpet berjalur dan berbulu kasar tetapi lembut juga menjadi pilihan karpet di ruang tamu untuk duduk-duduk atau berbaring sambil menonton TV.  jom kita jengah karpet yang disuai padan dengan perabut.. 


Karpet untuk ruang kecil

Karpet jenis di atas banyak dijual di Nilai 3, Nilai, Negeri Sembilan. Karpet bersaiz 7 x 5 kaki dijual pada harga  sekitar +- RM250. kena pandai menawar....



Lihat bagaimana karpet di atas dipadankan dengan sofa ruang tamu yang mempunyai ton warna yang sepadan 



Keadaan ruang makan sebelum diletakkan dengan hamparan karpet


Permaidani rumah

Ruangan makan di atas lebih berseri selepas dipadankan dengan hamparan karpet berwarna merah pekat dengan corak yang agak klasik


karpet di ruang tamu

Red carpet di ruang tamu. cantik kan??



Karpet ini pula diletakkan di atas lantai sahaja. pun cantik juga kan??


Karpet bersaiz kecil semakin popular menghiasi rumah apartment. Walaupun perabut dan dinding berwarna kosong (putih), karpet berwarna terang menaikkan seri ruang tamu dengan tambahan aksesori sampingan seperti meja sisi, botol-botol kaca berwarna serta bantal-bantal kusyen dengan corak dan warna tema yang padan. yang ini memang saya suka. nampak ceria betul...


karpet di ruang tamu

Set sofa kontemporari putih atau warna cair amat mudah dipadankan dengan sebarang warna dan corak karpet seperti di atas.  comeyyyyy.


karpet di ruang tamu

Suai padankan karpet dengan sofa dan langsir.  sejuk mata memandang.


karpet berwarna terang dipadankan dengan perabut hitam putih.

sumber : disini


















No comments: