Thursday, 13 November 2014

projek bekas menyimpan charger

assalamualaikum

lama juga tak up date blog ni.  bz memanjang.. (ke penyakit M datang?) ok la entry kali ini saya nak cerita pasal projek bekas menyimpan charger (DIY la konon2nya).  sebelum ni saya longgokkan aje semua charger tu dalam satu bakul.


Ini la tempat simpan charger tu sebelum ni. jenuh jugak nak cari bila nak guna sebab wayar tu bergumpal dan berselirat antara satu sama lain.


 saya guna kotak kurma yusof taiyoup aje. kotak tu kan comel2.  bulan puasa ni memang senang nak jumpa.  kebetulan kat tempat kerja saya ada buat masak2 untuk masjid. biasalah kalau bulan puasa ni kita akan sediakan kurma untuk buka puasa. so banyaklah kotak kurma ni. daripada dihadiahkan kat tong sampah, saya ambil bawa balik. la la la....

 

mula-mula saya cantumkan kotak tu.  guna salotape aje. jadilah macam gambar kat atas ni.  lepas tu dengan tekunnya saya pun balutlah keliling kotak tu dengan kertas pembalut hadian yang harga RM1 aje.  angan2 nak balut dalam sekali. sedar2 dah tengah malam.  tak jadi la. ngantuk buat kerja sorang2. nasib baik iza (anak sulungku) belum tido lagi. leka mengaising cupcake konon2  nak kasi hadiah birthday pada kawannya. lagipun esok pagi nak bangun awal untuk masak sahur pulak..  balut tepi aje pun jadi lah. asalkan nampak comel.  comel ke?  perasan betul la....dan akhirnya jadilah macam ni (tengok gambo kat bawah ni)  dengan semangatnya saya pun letaklah segala macam charger tu.  bila dah letak nampak macam kosong pulak kotak tu.  hish! membazir ruang ni...


saya pun ambil kotak kurma. gunting kat bahagian atasnya dan tambahkan partition pada kotak ni.  jadilah macam gambo kat bawah ni... ok tak? nak ambil charger pun senang dan tak berselirat lagi wayar tu....


kepada sesiapa yang nak cuba cara ni dipersilakan.  dengan bahan yang ringkas dan sedikit kerajinan jadilah bekas charger ni.  

sekian..


like