Tuesday, 30 December 2014

kehidupan ini


assalamualaikum dan selamat sejahtera...

agak lama juga menyepi. bukan tak mahu buat entry, tapi semangat melayang entah ke mana.  seiring dengan masalah banjir yang melanda di pantai timur, diri ini juga turut dilanda banjir... dugaan datang bertalu-talu. hati yang sebelum ini tenang telah berkocak .  mungkin doa di bawah ini boleh dijadikan azimat untuk kita dalam menempuh dugaan hidup.  saya kongsikan ye.. saya dapat daripada google aje.  terima kasih kepada yang empunya doa ini ye...



Thursday, 18 December 2014

akhirnya kubeli juga

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

sebenarnya keinginan dah lama. tapi belum sampai seru lagi... tetiba pada satu hari yang indah, sambil jenjalan..... saya terjumpa .............


inlah buku yang membantu kita menjalankan rutin seharian. buku ini amat sesuai digunakan sebagai rujukan sama ada pengurus rumah tangga (pinjam ayat buku ini) sepenuh masa ataupun wanita bekerjaya.




banyak panduan berguna dalam buku ini. dengan gambar yang berwarna warni, mudah untuk kita jadikan panduan.. contohnya step by step melipat baju macam gambar di bawahnya.. korang jangan lah harap nak dapat gambo terang benderang macam guna kamera mahal pulak... saya guna kamera handphone aje. so gambor yang ada ni taraf jurugambo tak bertauliah ye....




gambo yang ini pulak cara mencuci sinki... ko tengok pakai berus gigi lama rupanya kalau nak cuci celah lubang tempat air keluar tu. selama ni saya cungkil guna jari aje.  kalau tak hilang saya gosok2 dengan kuku.... hahaha......


ada banyak panduan dalam buku ini. so.. kepada para pengurus rumah tangga sekalian, belilah buku ini sama ada secara online atau cari kat kedai buku. sangat berguna... (amboi jadi promoter pulak...)
saya beli dengan harga RM22 di kedai buku di bandar Kuching ni. harga apda kulit buku tu RM20...

Monday, 15 December 2014

Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman!



mari kita join sambil berkenal-kenalan.  kepada yang berminat boleh buka link sini. senang je nak follow...

kena tag blog lain juga.

mereka yang terpilih adalah

nabila
ainun
sha


masalah anak suka menconteng

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

mesti ramai kan yang ada masalah untuk mengawal anak2 daripada menconteng dinding. lagi haru kalau kita punya lah beriya2 pasang wall paper mahal.... tetiba ditambah pulak mural daripada tangan si kecil kita...memang keluar tanduk la jadinya. kalau tak pun mengaum keluar suara naga la siap dengan api lagi.... dasat imaginasi.... hahaha...

sambil2 menggoooooggle idea deco2 tetiba terjumpa satu gambo ni.  sumbernya lupa pulak nak diambil masa jumpa gambo ni. minta maap ye kepada empunya sumber.  sebenarnya entry ni dah seminggu duk dalam draft. bagus tak idea ni??? kalau kita ada anak2 yang suka menconteng dinding boleh aplikasikan idea ni... lagi besar kotak.. lagi bagus tau... memang lama lah bebudak duk main dalam kotak.  kat rumah saya ada satu kotak besar. saya tak ingatlah ukurannya tapi rasanya muat untuk 2 orang budak main dalam tu. boleh buat pondok2.  sekarang ni bebudak tu suka betul susun kusyen untuk dibuat pondok2.  jenuh nak mengemas.  lepas ni nak tukar sofa yang tak boleh ditanggal kusyennya. tak pun beli aje perabut jati yang kayu aje semuanya.. boleh gitu???




sekian... ringkas aje entry kali ini ye... yang penting nak tunjuk gambo kat atas ni. ting! mentol dah menyala...

Wednesday, 10 December 2014

cheese cup cake

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

semalam petang mod nak buat kek datang lagi.  pada asalnya macam nak buat snow cheese cake. tapi bila memikirkan anak2 ada kat rumah baik saya buat yang comel2 aje. senang anak2 nak makan.  tak payah sibuk nak potong bagai....  maka tengahari masa lunch tu saya pun singgah kedai beli biskut cream o.  begini lah rupanya.. saya beli 2 bungkus. lepas tu singgah kat rumah sekejap pas kat izah suruh dia hancurkan dan gaul dengan butter. yang ini saya minta dia agak2.


petang selepas saya balik kerja biskut tu dah duk dalam paper cup cake dan telah disejukkan dalam peti ais... ini lah jadinya....


jadi saya pun sediakan bahan-bahan lain.  cheese cream memang dah dikeluarkan daripada peti sejuk oleh Izah.  saya pun ambil mixer dan mulakan proses penyediaannya...





bahan2 untuk cheese cake ini adalah

500 gm cheese cream (tak kisah apa brand, saya guna tatura)
1 cwn yogurt 
6-7 sudu besar gula (Ikut tekak)
keju cheddar (yang ini utk diparut)
sedikit buah strawberi


cara penyediaannya:

masukkan cheese cream dan gula dalam mangkuk dan pukul dengan menggunakan mixer hingga sebati. ( saya pukul sampai gula tu hancur, maknanya gula dah sebati dengan cheese tu)

 



kemudian masukkan yogurt. yang ini saya guna jenis mix berry... ikut suka tekak flavour apa yang sedappppp... pukul lagi kasi sebati... siaplah adunan cheese tu....




dengan menggunakan sudu masukkan dalam paper cup yang telah diletakkan biskur cream o sebagai base tadi.

 



 


lepas tu kita parutkan cheddar cheese dan tabur di atasnya.. tengok gambo kat bawah ye.. 

  

 


sebenarnya saya beli strawberi 1 kotak tapi bila tengok dah tinggal 4 biji... kuang! kuang! kuang! bebudak memang suka dengan buah strawberi ni.  jadi saya pun suruhlah Izah potong kecil2 dan tabur atas kek ni.  jadilah macam rupa kat bawah... kemudian masukkan dalam peti sejuk belah bawah ye... jangan letak dalam freezer pulakk.. kang jenuh pulak bebudak tu nak makan pasal dah jadi ais.. paling bagus biarkan semalaman. tapi bebudak tu tak sabor. lepas 3 jam dah tanya boleh makan ke?  saya pun kata boleh... laju aje bebudak tu bukak peti ais dan ngappppp....hahaha.  






 korang pun boleh mencuba buat cheese cup cake yang sedappppp ni...

sekian...

Tuesday, 9 December 2014

homemade cup cake

assalamualaikum semua

ini aktiviti hari Ahad lepas... hari ini baru sempat nak cerita....

al kisahnya semasa hujung minggu lepas sambil santai2 dengan anak2 menengok tv waktu tengahari tetiba teragak pulak nak buat cup cake..  sebelum tu sebelah pagi saya dah buat nasi lemak untuk brekfast dan lunch sekali. bijak tak? sekali buat nasi lemak seperiuk ko. macam nak berniaga nasi lemak.... konon2 nak decorate la macam ala2 master chef.. hentam lah labu.....





untuk membuat cup cake bahan2nya mudah sahaja.  kelebihan resepi ini adalah kerana tidak menggunakan serbuk penaik dan soda bikarbonat... sebenarnya resepi ini saya dapat daripada emak saudara husbnd. kira resepi turun temurun lah ni.....  gigih juga lah anakku Wani menolong ambil gambo step by step.  nak harapkan saya mengambil gambo tidaklah.  silap2 dengan henpon sekali masuk dalam mixer tu nanti.. hahahaha


bahan2

3 cawan tepung gandum
6 biji telur (asingkan kuning dan putih)
2 cawan butter
1 1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanila

cara2

1. mula-mula kita pukul putih telur sampai jadi ringan. tengok gambo di bawah ni.



2. lepas tu masukkan gula dan pukul lagi. kemudian masukkan butter.

 



 


 3.  setelah itu, barulah masukkan kuning telur. pukul lagi. jangan lama sangat.

 


 4.  masukkan tepung gandum dan esen vanila.  pukul lagi.

 



 



 




 


 5. masukkan ke dalam paper cup dengan menggunakan sudu.

 








 

6.  begini lah rupanya.  saya masukkan 1/2 cawan aje  sebab tak mahu cup cake tu penuh.  konon2 nak letak aising la atasnya...  bakar dalam over selama 15 minit pada suhu 180 darjah.

 


7.  inilah rupanya bila dah masak.. rancangan asal nak letak aising kat atas cup cake tu. tapi bila keluar aje daripada oven, bebudak terus serbu..termasuk mama dia sekali...  maka tak jadilah nak bubuh aising.

 

walaupun tak letak serbuk penaik dan soda bikarbonat, kek ini tetap naik dengan gebunya...  cuma cacat sikit sebab saya tak isi 2/3  macam yang selalu saya buat.  tapi yang penting cup kek ini sedappppp..... so kepada ibu2 kat luar sana yang bercadang nak buat kek tapi kehabisan serbuk penaik, bolehlah guna cara ini.  rasanya lebih sedap lagi tau.....


begitulah kisahnya..... sekian





like