Friday 30 January 2015

6 Inspirasi Lampu Ruang Tamu

assalamualaikum semua..

hari ini saya nak bercerita pasal lampu pulak.  hasil daripada carian  google berikut adalah 6 inspirasi lampu untuk ruang tamu.  Sumber asal daripada disini


Bagaimanakah memilih jenis lampu ruang tamu yang sesuai? Pemilihan lampu haruslah disesuaikan mengikut konsep penataan interior ruang tamu kediaman anda. Jangan pula ruang tamu anda berkonsep moden, tetapi anda memilih lampu jenis klasik!
Terdapat beberapa jenis pilihan lampu yang sesuai mengikut konsep penataan terkini seperti klasik, moden kontemporari, tropika dan lain-lain. Jika anda berkunjung ke kedai lampu, pastinya anda akan mengalami dilema untuk memilih lampu yang sesuai untuk ruang tamu anda.
Jenis-jenis lampu ruang tamu

Lampu Ruang Tamu Women Online Magazine 2 Mesti Baca! 6 Inspirasi Lampu Ruang Tamu
1.  Lampu LED
Lampu LED adalah sesuatu yang mengagumkan dalam teknologi lampu sejak lampu elektrik dicipta. Ia dibina di dalam lampu untuk reka bentuk baru yang menarik dan menggunakan tenaga yang sedikit berbanding lampu pijar. Jangan anda tak tahu, lampu LED bersifat yang mesra alam sekitar.
2.  Lampu Meja
Lampu meja membolehkan anda mengubah suai suasana ruang tamu lebih dari satu cara. Ia memberikan anda cahaya tambahan di tempat yang diperlukan. Lampu meja direka dalam pilihan yang menarik untuk menambah sedikit warna, tekstur dan cahaya tambahan.
3.  Lampu Lantai
Lampu lantai menawarkan anda lampu ruang tamu yang sesuai dalam apa jua ruang, walaupun jika anda tiada ruang tamu yang besar. Ia mudah dialihkan, jadi anda boleh mengubah ruang agar lebih selesa.

Lampu Ruang Tamu Women Online Magazine 3 Mesti Baca! 6 Inspirasi Lampu Ruang Tamu

4. Lampu Dinding
Lampu dinding datang dalam gaya yang berbeza, untuk memberikan ruang tamu anda tampak lebih cantik dan menarik. Kebanyakan daripadanya boleh digunakan dengan mentol LED, jadi anda dapat mengurangkan perbelanjaan elektrik.
5. Lampu Siling
Lampu siling digayakan untuk mempamerkan kretiviti anda dalam menghias ruang tamu. Padanan yang sesuai bersama konsep ruanb tamu, pastinya ia memberikan ruang tamu anda lebih hebat!
6. Lampu Sorot
Lampu sorot digunakan untuk memberi cahaya di tempat yang diperlukan. Kebanyakan lampu sorot boleh digunakan dengan mentol LED untuk menjimatkan bil elektrik anda dan membantu menjaga alam sekitar.
Tips Memilih Lampu Ruang Tamu
  • Jenis Lampu
Sebelum memilih jenis lampu yang sesuai, anda sewajarnya melihat dulu konsep ruang tamu anda, untuk dipadankan dengan lampu yang sesuai.
  • Mentol Yang Sesuai
Selepas memilih jenis lampu, mentol penting dalam menghidupkan suasana pencahayaan diingini selain jenis dan reka bentuk lampu itu sendiri. Kesemua mentol mampu menghasilkan kesan pencahayaan yang indah bagi ruang tamu, namun bergantung pada kehendak dan citarasa anda.


Monday 19 January 2015

roti butterscotch bulat

assalamualaikum semua

pernah makan roti ini tak??? sedap kan... saya pun suka makan roti ini. tp harganya mahal sangat.



semalam tetiba diri ini rajin pulak nak buat roti ala2 ini. tapi versi saya la.. saya buat bulat2 senang anak2 nak makan...




bahan-bahannya

Bahan A
1/2 kg tepung high protein
100 gm gula kastor
10 gm garam
10 gm yis kering
1/2 susu besar bread softener
1 sudu besar susu pekat manis

Bahan B
210 ml air sejuk (tambah dengan 4 ketul ais) - saya guna air daripada peti sejuk
1 biji telur gred C

Bahan C
55 gm shortening
40 gm mentega

cara-cara membuatnya

1. masukkan semua bahan dalam bread maker. pastikan bahan cecair dimasukkan dulu, shortening, mentega, tepung dan atas sekali yis dan garam.  yis dan garam jangan letak sekali.  maknanya penjuru kiri letak yis, penjuru kanan letak garam. switch on dan biarkan hingga doh siap.. senang kan...

* kalau yang tak ada bread maker boleh ikut step ini.  campur bahan A dan putar guna mixer selama 3 minit.  kemudian masukkan bahan B dan putar lagi 3 minit.  lepas tu campurkan bahan C dan putar selama 24 minit. kemudian rehatkan sebentar baru boleh ikut langkah di bawah...

2.  setelah siap (lebih kurang 1 1/2 jam) keluarkan dan letak di atas papan pencanai.

 
3.  memula kita bahagikan adunana mengikut saiz yang dikehendaki.. buatkan bentuk bulat dan leperkan.

 

4. kemudian, letakkan chip butterscotch.

 

 

5. tutup dan bentukkan bulat2. kemudian letakkan di dalam dulang pembakar.. biarkan seketika hingga doh kembang..


 


   

6. sapukan tetur diatas doh tadi dengan menggunakan berus




 

7. taburkan bijan sebagai hiasan.  berterabur bijan tu... ramai sangat pembantu chef..

8. beginilah rupanya... macam2 saiz dan bentuk.. yang bulat ada, yang lonjong pun ada.... hentam lah anak2... janji korang heppy...... kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 hingga 20 minit.


 

9. setelah masak, sapukan mentega di atas roti tadi supaya nampak berkilat.. begini lah rupa roti butterscotch ala saya....





nota tambahan......

 

kepada yang tak tahu rupa butterscotch chip ni ini lah rupanya.  boleh beli kat kedai bakery... yang gambar di bawah ni pulak adalah bijan yang saya tabur kat atas roti tadi....



selamat mencuba.....

Wednesday 14 January 2015

tip susun buku sekolah anak ikut jadual

assalamualaikum semua..

sambil2 buka FB tadi tetiba dapat tip ini.  sekarangkan musim sekolah dah bermula. kepada yang ramai anak macam saya ni memang susah nak pantau  dan mengemas buku  sekolah anak2. terutama sekali si bujang yang darjah 2 tu.  masih lagi mengharapkan mama dia yang tolong. so saya kongsikan tip ini ye. lepas saya buat macam tip dibawah ni, saya post dalam entry yang akan datang...



Friday 9 January 2015

Perkembangan porch rumah

assalamualaikum semua

ini adalah pemandangan terkini proses pemasangan tiles di porch rumah kami.. yang ada kereta parking tu adalah ruang lantai yang belum dipasang tiles lagi... sila abaikan kerusi dengan simen yang masih ada kat tiang tu... malunya...


sekian...

Monday 5 January 2015

azam 2015

assalamualaikum semua...

walaupun dah lima hari berlalu, rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua pembaca blog ini (perasan sangat).. azam tahun baru saya yang masih berkobar2 adalah untuk turunkan berat badan.

pada masa entry ini ditulis berat badan saya (timbang pagi tadi) adalah 57.2 kg.  berat badan ideal saya adalah 45 kg. maknanya saya kena turunkan 13 kg.  sebenarnya 2 minggu lepas berat badan saya 62 kg. disebabkan beberapa masalah yang melanda hati ini menyebabkan selera makan saya menurun. itu pasal dapat turun 5 kg dalam masa 2 minggu. dah alang2 ada semangat nak turunkan berat badan, saya pun teruskan juga. 

kebetulan en husband pun dalam proses diet jugak. tapi dia dah buat 2 bulan lepas. nampaklah perubahan badannya. daripada 98 kg sekarang dah 85 kg. en husband nak kena turunkan lagi 10 kg untuk mencapai berat badan idealnya.

antara diet yang saya buat adalah mengurangkan pengambilan nasi dan banyak makan sayuran.  hasil daripada carian di google diet yang baik adalah mengambil 20% karborhidrat, 40% serat dan 40% protein dan banyakkan minum air putih.  saya juga mencari berbagai2 bagai maklumat yang boleh membantu proses penurunan berat badan tanpa mengambil apa2 suplement. salah satu caranya adalah mengira jumlah kalori yang diambil setiap hari. 

diet bukanlah bermaksud tidak mengambil makanan langsung.  jumlah kalori yang diambil mestilah sesuai dengan kadar kalori yang diperlukan seharian.  secara kasar kadar kalori yang diperlukan untuk perempuan adalah 1600 - 2000 sehari manakala untuk lelaki pula adalah 2000 - 2500 sehari. namun begitu ia juga bergantung kepada aktiviti seharian kita.


Mengira kalori makanan
Sarapan Pagi

Makanan : ........ kalori
Minuman : ........ kalori
Jumlah : ........ kalori


Tengahari

Makanan : ........ kalori
Minuman : ........ kalori
Jumlah : ........ kalori

Makan Malam

Makanan : ........ kalori
Minuman : ........ kalori
Jumlah : ........ kalori


namun begitu badan kita juga memerlukan jumlah kalori minima. maknanya walaupun diet tapi jumlah yang diambil tidak boleh kurang daripada kadar minima yang telah ditetapkan kerana ia boleh memudaratkan tubuh badan kita.


Basal Metabolic rate (BMR) untuk keperluan badan 

Formula kiraan BMR 

BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)

BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)



berikut merupakan jumlah kalori makanan yang boleh dijadikan panduan untuk kita. maknanya kita kira nilai kalori pada setiap makanan yang disuap ke dalam mulut.

Jenis makanan dan kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori Minuman
Red Guara Cafe - 78kal
minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal


Lauk pauk orang Melayu :
Seekor ikan kembung : 140 kcal kalori

Sepotong ayam goreng : 255 kcal kalori
Sebiji Telur Goreng : 110 kcal kalori
Sepotong ayam dalam kuah kari : 250 kcal kalori

berikut adalah contoh aktiviti dan bilangan kalori yang dibakar untuk berat badan 68 kg.


BIL
AKTIVITI
KALORI DIBAKAR
1.
Menonton TV
40
2.
Berjalan pantas
300
3.
Bermain bola keranjang (agresif)
450
4.
Mengemas rumah
240
5.
Berkebun
320
6.
Bermain golf (bawa sendiri Club)
385
7.
Berbasikal statik
380
8.
Aerobik
405
9.
Ping pong
280
10
Sex
1000



berdasar pembacaan setiap 7000 kalori yang tidak diguna akan meningkatkan berat badan kita sebanyak 1 kg...  berat badan unggul juga secara tidak langsung menjadikan kita sihat dan leih cergas.  jom kita cuba amalkan gaya hidup sihat..

kinetic sand untuk anak-anakku

assalamualaikum semua

kali ini saya nak cerita pasal sejenis permainan yang dipanggil kinetic sand.  saya beli online daripada blog sini.  sesiapa yang berminat bolehlah jenguk blog tu ye...



 

pasir ini memang mudah dihandle.  saya lapikkan aje pasir tu atas plastik supaya senang nak kemas.  sesuai dimain dalam rumah aje.



KINETIC SAND (saya ambil daripada blog aty)

KEISTIMEWAAN DAN CIRI2 NYA

di reka untuk meningkat kan kemahiran motor halus dan sesnsori kanak2 melalui sentuhan tangan
elok untuk menggalakkan kretiviti dan kemahiran anak - melatih perkembangan otak-

- sentiasa basah dan tidak akan kering
-bebas dari bahan yang bersifat allergen[bebas habuk] dan gluten 
-tidak melekat secare keterlaluan kat tangan biler bermain
-KINETIC SAND mempunyai MAGNETIC yang hanya melekat sesama sendiri
-tak perlu campur air langsung
-boleh main di mana2 sahaja termasuk dalam rumah 









sekian...

Proses memasang tiles di porch

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita sikit perkembangan projek ubahsuai rumah comel kami yang masih belum siap lagi.  seperti biasa orang yang bertanggungjawab menyiapkannya adalah en husband saya yang tersayang.  untuk pengetahuan semua, lantai porch rumah kami ini telah di simen.  jadi proses yang pertama perlu dibuat adalah buat lubang2 untuk kasarkan lantai tersebut.  proses menebuk lubang tersebut dilakukan dengan menggunakan alatan seperti di bawah.  saya ada juga tolong menebuk lubang tu.  berat tau mesin tu. bergegar seluruh badan semasa proses menebuk tu... tapi tak adalah gambar saya...

 



 


 gambar di atas merupakan proses menebuk lubang oleh en husband.... kalau dilihat pada gambar tu memang ada lah tiles yang dah dipasang. lupa nak shoot gambar masa lantai tengah togel... hihihi



ini adalah rupa tiles yang dah dipasang. masa ini baru dua baris. sila abaikan keadaan berselerak yang ada ye.. selagi tiles belum siap pasang, selagi itulah porch ini bersepah dengan barang2. semangat nak mengemas tu melayang aje..... padahal ada yang boleh dikemas sebenarnya.. tapi menyampah betul lah menengoknya....

 




setelah dua minggu (maklumlah buat benda alah ni hari Sabtu dan Ahad aje) lebih kurang 1/3 daripada ruang porch ini dah mula siap.  tak sabonya nak menunggu siap..... sabarlah hati.... penat tau en husband pasang dengan panas lagi, dengan letih lagi... kesian dia.....


nanti kalau dah siap saya up date lagi ye.. setakat ini macam ini lah rupanya.. tak payahlah nak tunjuk pemandangan dari depan rumah. sakit mata menengoknya dengan simen berterabur lagi, segala bahan binaan yang bersepah lagi.  dah comel nanti baru boleh tunjuk ye...

sekian, wasalam....