Monday 30 March 2015

makaroni cheese

assalamualaikum semua

semalam datang kerajinan untuk mempelbagaikan masakan.  atas permintaan anak2 saya pun menggooggle resepi dan melaksanakan misi tersebut.

resepinya mudah sahaja. saya dapat daripada blog disini. terima kasih kepada empunya blog. tapi saya olah ikut apa yang ada di dapur.

bahan-bahannya
1 paket makaroni
75 gm keju cheddar
1 tin susu cair
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
5 biji cendawan butang
10 ekor udang segar
sedikit  peper
sdikit garam dan bahan perisa

cara-caranya

Masak air dan garam hingga mendidih. kemudian masukkan makaroni dan biarkan lebih kurang 10 minit.  kemudian toskan dan gaul dengan butter (semasa panas-panas ye).


 

cairkan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum. kacau hingga warna perang. kemudian masukkan susu. kacau perlahan.  Masukkan keju dan kacau sampai pekat. masukkan peper, garam dan bahan perisa. Masukkan udang dan cendawan butang. kacau hingga udang masak. pastikan api tidak terlalu kuat.


 


 akhir sekali masukkan makaroni yang telah digaul dengan butter tadi.  kacau rata. 


bolehlah dihidangkan panas-panas. 





 

selamat mencuba.............



No comments: