Wednesday, 15 April 2015

membuat jus roselle


assalamualaikum semua..



siapa pernah minum jus rosselle??? sedap kan?  so hari ini saya nak tunjukkan cara-cara saya membuat jus roselle. homemade aje tau. tanpa bahan pengawet... (berangan nak jadi chef pulakkk).

kalau ada sesiapa yang tak tahu pokok roselle. inilah rupanya...






cara nak buat jus roselle ni mudah aje.  mula-mula kita petik dulu buahnya daripada pokok.



inilah buah yang telah dipetik. tak banyak sangat la.. tapi cukuplah untuk saya anak beranak.


 

mula-mula kita keluarkan bijinya dulu. rujuk gambar ye...




inilah rupa biji roselle yang nak kena buang..






masukkan dalam periuk dan letaklah air. yang ini saya main agak2 aje.  masukkan gula ikut suka ye. dah nama pun jus.   kalau nak jadikan ibu jus lebihkan gula. macam saya memang lebihkan gula. masa mula-mula rebus kaler masih sama aje. lepas mendidih air rebusan tu akan bertukar kaler merah. rujuk gambar ye... agak-agak gula dah hancur bolehlah matikan api..



saya biarkan sejuk dalam periuk aje. bila dah sejuk, masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais.  kalau nak minum tuangkan jus tu dalam cawan/jag dan tambah air mengikut kemanisn yang kita nak. lepas tu tambahkan ais.... sedapnya... tak percaya boleh tengok gambo kat bawah ni....





selamat mencuba....

like