Monday, 22 June 2015

ais krim gula apong yang sedap di Kuching, Srwk

assalamualaikum semua..

agak lama tak update blog.... bz yang amat. ditambah lagi dengan  kecelaruan perasaan... sabar lah hati... Allah bagi  ujian sebab dia sayang kat kita.      melalut pulak... hahaha..........

Sebenarnya ini cerita sebelum puasa. gula apong sangat popular di bumi Sarawak ini.  sekarang ni memang tengah hot dengan ais krim guna apong.  disebabkan kerancakkan mendengar kawan2 bercerita, saya pun tergoda lah dan mencari juga ais krim ini.



tada............




inilah rupa askrim gula apong ini.  keistimewaan ais krim ini, ia menggunakan sepenuhnya gula apong sebagai pemanis.  rasanya lemak dan ditambah pula dengan toping biskut oreo dan nestum. nyammm. harganya RM5 semangkuk. kalau nak murah sikit boleh beli saiz cawan yang berharga RM2.  lokasi kedai askrim ini betul2 dekat persimpangan 4 ekor kucing di bandar Kuching.  (lupa pulak nak ambik gambo kedai tu... nantilah kalau saya ingat saya up date ye..

sekian

like