Friday, 5 June 2015

idea daripada kotak kasut

assalamualaikum semua.

sambil2 menggoggle untuk mencari idea organising, saya terjumpa satu post daripada FB yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsi bersama.  untuk makluman ini buka idea asal saya ye. segala gambar yang ada ni saya copy dan paste daripada sumber lain.  Semua gambar diambil dari FB di sini.  Jom kita tengok idea daripada kotak kasut yang marbeles.........




idea 1 : jadikan sebagai bekas menyimpan wayar.  yang ini dah lama tahu tapi tak pernah buat.  ok.. lepas ni rajinkan diri buat ye...




idea 2 : yang ini sangat bagus. sekarang ni stationary anak2 asyik bersepah aje.  tapi yang mengumpul toilet paper roll pulak... hmmmm





idea 3 : yang ini boleh buat.... kena rajin




Idea 4 : ini pun bagus juga kan... senang nak mencari wayar kalau nak guna



 







Idea 5 :  5 keping idea di atas ni amat menarik minat saya.  ini memang sesuai untuk menjimatkan kos membeli mainan anak2... kena rajin ni...












Idea 6 :  yang ini memang saya dah praktikkan.  susun aje kotak2 tu dalam laci dan gunakan untuk menyimpan segala baju2 t shirt dan anak2nya. hihihi...

Idea 7 : idea menyimpan reben cara ini tak pernah terfikir di kepala saya.  bagus la. senang nak cari kaler.





Idea 8 : yang ini sesuai untuk mereka yang terlampau suka beli kasut.  Saya tak banyak kasut sebab saya akan guna kasut tu sampai rosak lepas tu beli baru.





Idea 9 :  yang ini pun menarik jugak... nampak kemas dan tersusun aje. nak cari pun senang.  cuma kena ada kerajinan membalut kotak aje...





Idea 10 :  wah... banyaknya aksesori... kepada yang suka kumpul segala macam benda alah ni boleh guna idea ini ye.





dan....................





kat bawah ini idea yang paling senang dan simple.  kepada yang ada membela kucing macam saya bolehlah mempraktikkannya.. caranya ambil kotak kasut letak kat tempat kucing selalu tidur... nanti kucing tu akan masuk dalam kotak tu dan tidur............... hahahaha



sekian............


















like