Thursday, 11 June 2015

membuat simenfero (masonry) part 1

assalamualaikum semua

biasa kita tengok simenfero kayu kan... hari ini saya nak kongsikan simenfero yang version lain pulak.  


Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut di sini saya kongsikan beberapa info pasal simenfero. sumber rujukan : disini


Simenfero merupakan sejenis struktur binaan yang tersendiri daripada motar     (campuran pasir, simen dan air) yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli. Oleh itu pada asasnya istilah simenfero bermaksud kombinasi bahan ferus (besi) dan simen.


Mengikut  sejarah simenfero telah dipelopori oleh Joseph Louis ,seorang berbangsa Perancis pada tahun 1848 dan telah dipatenkan pada tahun 1852.Beliau telah membina beberapa struktur seperti sampan-dayung,pasu bunga dan bangku dari sejenis bahan yang dipanggil 'Ferciment'.Teknologi ini kemudiannya telah dikembangkan oleh Professor Nervi.


Banyak struktur 'Hardscape' sesuatu senitaman dibina menggunakan teknologi simenfero kerana ianya mudah dibentuk.Selain daripada itu struktur simenfero juga tahan terdedah kepada hujan dan panas,mempunyai daya aliran haba yang rendah,kukuh,mudah diperbaiki dan tidak memerlukan peralatan yang canggih untuk kerja-kerja pembinaan.Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan struktur simenfero mudah didapati dan murah harganya.


untuk membuat simenfero ini masa yang diperlukan adalah selama 3 hari.  oleh itu saya bahagiakan penerangan saya ikut hari ye. untuk entry yang ini saya terangkan proses yang dilakukan pada hari pertama sahaja.  next entry untuk hari ke2 dan entry ke3 adalah untuk hari ke 3.

hari pertama


Pada peringkat ini proses membuat kerangka dimulakan.  untuk projek ini, kami dikehendaki membina kerusi berbentuk segiempat sama 4 biji, meja segiempat sama sebiji dan sebiji bangku panjang.


mula2 dapatkan ukuran dulu. untuk projek kali ini ukuran adalah seperti di bawah:






langkah pertama adalah dengan membuat kerangka dengan menggunakan BRC 2"x 2". potong ikut ukuran yang telah diberikan. kemudian kita bentukkan mengikut cara di bawah....










Kemudian pasang bahagian atasnya dan bengkokkan.  untuk lebih kemas ikat pada bahagian sambungannya dengan menggunakan dawai.  beginilah rupanya...



kemudian ambil BRC 1/2" x 1/2" (lembut) dan balut pada bahagian luar kerangka tadi.  boleh tengok gambar di bawah.





inilah hasil kerangka tadi yang dah siap....




bila dan siap kerangka tadi, boleh kita memulakan membancuh konkrit. nisbah yang digunakan adalah 1 1/2 simen, 2 kereta sorong pasir dan 8 baldi air (baldi ni guna baldi untuk kokrit tau. jangan korang guna baldi untuk cuci kain pulak.. kang jadi lembik macam bubur pulak....). Di bawah ini adalah peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja melepa ye...





di sebabkan tangan biasa pegang pen dan kertas aje, sila lah pakai krim ini ye sebelum memulakan projek melepa anda.  krim ini bertujuan untuk mengelakkan tangan yang lembut itu menjadi keras kematu... hahaha



kalau sesiapa yang tak pernah tengok cara konkrit dibancuh boleh tengok gambo kat bawah ye....







selepas simen siap dibancuh, proses seterusnya adalah melepa kerangka tadi.. mula2 kita tuang sebahagian konkrit ke dalam kerangka. lepas tu ratakan.. jangan banyak sangat.  lepas tu bolehlah melepa untuk menutup dawai tadi.  tak pandai nak cerita banyak tengok gambar di bawah step by stepnya ye... 



  









inilah rupanya.  sempat saya berenti sekejap untuk snap gambo... tak boleh tahan..... hahahaha



Gambar saya tengan melepa tak ada ye. masa ini tangan dah kotor pegang bancuhan konkrit. kalau sibuk nak ambik gambar jugak silap2 handpone pun kena lepa jugak... hahahaha. tapi sempat juga saya berposing dengan kerangka yang dah siap dilepa.  hehehe.. bukti buat kerja tu....

inilah hasil untuk hari pertama kursus simenfero masonry.....  untuk hari pertama ini tujuan utama adalah untuk membuat lapisan asas dulu. jadi hasilnya masih belum cantik lagi ye....






related article

simenfero masonry part 3
simenfero masonry part 2

like