Monday 6 July 2015

membuat biskut almond london

assalamualaikum semua..

semangat nak buat biskut raya membara2..  jadi dengan pantasnya aktiviti membuat biskut dimulakan sebaik sahaja selesai berbuka puasa.





biskut almond london

bahan-bahannya.

Bahan A

1 cwn mentega
4 cwn tepung gandum
4 sudu besar serbuk badam/ nestum (dikisar halus menjadi tepung)
6 sudu besar susu pekat manis. (boleh tukar dgn gula halus)
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar emplek (kalau tak ada tak payah nangis tepi oven, boleh aje tukar dengan 2 sudu tepung jagung dan 2 sudu tepung beras)
almond biji dipanggang/ disangai lebih kurang 10 minit

Bahan B
almond cincang untuk hiasan
250 gm coklat masakan
2 sudu besar shortening/ coco butter
paper cup - biasa saya guna warna hitam


Cara membuatnya



satukan semua bahan A dan uli sehingga menjadi doh.  saya terus guna tangan aje. malas nak keluarkan mixer..




inlah rupa doh yang dah siap diuli.  lepas tu bolehlah rehatkan selama 5-10 minit sebelum melalukan operasi mengentel biskut... hahaha..




disebabkan ramai pembantu2 kecil dan untuk mengelakkan biskut saya jadi bermacam2 saiz, maka saya pun buatlah bulat2 macam ini.  senang pembantu2 nak isi kacang almond di dalamnya....  kat atas tu tangan pembantu no 2.. sibuk dia nak hulur tangan dia masa mama dia ambik gambo..




inilah rupa kacang almond yang dah disangai...



 

mula2 kita penyekkan doh tadi, lepas tu letak kacang almond dan bentukkan jadi lonjong. tengok gambo kat atas ye..






lepas dah siap semua, bolehlah kita bakar biskut tu selama 15-20 minit pada suhu 180 darjah celsius... sila abaikan keadaan oven yang nampak kelabu tu.. al maklumlah usia oven tu dah 10 tahun.  besi pun dah berkarat. cermin tu dah tak berapa nak cerah. berjasa sungguh dengan keluarga saya..


beginilah rupa biskut yang masih togel lagi belum berbaju...



pada hari kedua proses mencelup coklat pun dimulakan.  mula-mula kita leraikan dulu paper cup macam gambar di atas ni.  senang kerja..




mula2 kita panggangkan almond cincang tadi. dalam 3 minit kot.  sekejap aje. jangan lama sangat kang hangit pulak.  lepas tu kita cairkan coklat dengan menggunakan teknik double boiler.

 

bila coklat dah cair kita celupkan biskut tadi ke dalam coklat dan dengan menggunakan sudu/ penyepit besi.  (saya guna sudu teh yang tangkai panjang) masukkan ke dalam paper cup macam gambo kat atas ni.  hati2 ye sebab coklat ni panas.  kalau kena tangan tu redha aje lah...  lepas tu taburkan almond cincang di atasnya sebagai hiasan..











No comments: