Wednesday 1 July 2015

mengubah bunga yang simple

assalamualaikum semua

diam tak diam dah 1 Julai.
dah 14 hari kita berpuasa.
dah hampir pertengahan ramadan rupanya...

waktu ini masing2 dah mula mencari idea untuk menghias rumah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

kalau ada budget lebih bolehlah deko2 yang lebih jugak kan.
contohnya tukar langsir ke (langsir rumah saya dah 8 tahun tak tukar hahaha),
tukar cat rumah ke,
tukar perabut ke dan sebagainya.

tapi kalau budget ciput aje..
kenalah fikirkan cara lain untuk kasi rumah nampak lebih berseri.
antaranya adalah menambah hiasan bunga.

ada sesetengah kedai akan mengenakan caj tambahan kalau kita minta diorang tolong gubahkan.

So.......... hari ini saya nak tunjukkan cara gubahan bunga yang simple.  gubahan ini sesuai diletakkan di atas meja sebagai penyeri.

bahan-bahan yang kita perlukan  adalah:

  • bunga besar minimum 13 kuntum (corak ikut taste masing2 ye)
  • bunga kecil2
  • daun 4 tangkai
  • span
  • pasu
  • playar (untuk memotong batang)




mula2 cucukkan daun pada 4 penjuru pasu.  kita guna pasu bentuk lonjong ye...


kemudian cucukkan 2 kuntum bunga pada bahagian yang panjang.


lepas tu cucuk pula pada bahagian  sisi satu lagi. kalau tak faham tengok gambar ye... 

kemudian cucuk pada bahagian tengah2 pasu.


seterusnya cucuk pada 4 penjuru pada sudut span.  tengok gambar lah. tak reti nak explain.. hihihi..


beginilah rupanya selepas siap cucuk bunga besar.  kemudian ambil bunga kecil dan cucuk pada ruang antara bungan besar tadi...


dah siap.... cantik tak????


terima kasih kepada geng JKA, PKS yang menyumbang gambar...

No comments: