Friday 7 August 2015

bekas bawang baru....

assalamualaikum semua

angan2 ini sebenarnya dah lama.
cuma belum sampai seru lagi
baru2 ini terjumpa lah lagi (sebelum ini pun ada)
tapi kena beli 4 ketul. banyaknya....
saya pun decide cari geng.
dapat lah geng yang nak kongsi.
dan hasilnya...
dapat satu yang 3 liter dan satu lagi 5.5 liter.


inilah katalog yang berjaya menambat hati saya...
kalau kita tengok dalam katalog ini, bekas ini sesuai juga digunakan untuk letak pek segera 3 in 1 macam milo, nescafe, nestum dll.





buat masa ini saya nak guna yang saiz 3 liter dulu untuk digunakan sebagai tempat menyimpan bawang merah, bawang putih, ubi kentang, kunyit dan halia, (itu yang saya gunakan hari2).  ini lah rupanya bekas bawang tu.  yang saiz besar tu saya nak guna letak minuman 3 in 1 saya lah..




sebelum tu nak tunjuk pulak bekas bawang yang lama.  Inilah bekas bawang saya sebelum ini.  gambar ini diambil petang semalam.  sila abaikan isinya yang dah tinggal sikit tu.  hari Sabtu ini baru nak shopping barang dapur.. buat masa ini, inilah yang tinggal. hihihi.  ala nak masak untuk esok dengan lusa aje.. cukup lah ni.  biasanya hari Sabtu tengahari masa hantar bebudak berlatih TWD baru saya beli barang dapur..




setelah dimasukkan isinya... hahaha cetoet aje nampaknya.. isinya tak banyak... tapi saya dah puas hati.  nanti bila dah shopping barang dapur akan nampaklah berisi sikit.


 


sekian, wasalam



No comments: