Monday 17 August 2015

berkebun lagi

assalamualaikum semua

semalam kerajinan untuk membersihkan laman tepi rumah berkobar2.  ini gara2 benih yang dibeli secara online dah dapat pada hari Jumaat lepas..  sesiapa yang nak beli benih boleh beli kat sini. macam2 benih ada.


ini pokok cekur manis yang baru nak hidup.. pokok ini kalau musim hujan memang gemuk2 dan daun pun banyak.  saya suka masak lemak campur dengan labu ataupun goreng biasa aje... masak sayur air pun sedap jugak... sayur cekur manis ni susah nak dapat kat pasar sebab sifat daunnya yang mudah gugur. kebanyakan yang dijual akan dibalut dengan plastik supaya daunnya tak gugur...  tak adalah kita beli batang aje kan.... cara paling mudah nak dapatkan sayur ini adalah dengan tanam sendiri kat rumah..  satu lagi kelebihan sayur ini adalah jangka hayatnya yang lama.. saya tak pernah pulak buat kajian pasal jangka hayat sayur cekur manis ni tapi dari pengamatan saya bertahun2 jugak lah usianya...


pokok kacang bendi yang dulu dah mati.  yang ini tanaman kali ke2 pulak.. batas kat sebelah tu adalah tempat saya menyemai benih2 pokok... sebab saya tanam guna biji pokoknya tak nampak lagi lah ye... pokok2 yang saya semai adalah pokok kobis, sawi, bunga telang, betik sekaki, kapsikum hijau dan kuning.. sila abaikan pokok bunga yang tersesat kat situ.. niat dihati nak pindahkan ke laman depan tapi belum sampai seru lagi nak buat...



inilah benih2 yang saya beli secara online.... kepada yang berminat nak dapatkan benih tu boleh aje lawat ke blog yang saya nyatakan sebelum ini untuk mendapatkan biji benih... 

 


pandangan tanah sekangkang kera yang dah siap dibersihkan dan dibuat batas.  pokok daun kesum tu sebelum ni agak rimbun dan tapi kurus pulak.  gara2 sekarang ni musim panas rasanya.... tak pa.. yang penting hidup dan dapat digunakan apabila diperlukan... seblum ini kawasan ini selalu dimesin sebab tu pokok2 tu saya letak bata untuk elakkan terkena mesin.  tapi baru2 ini kawasan ini telah diracun sebab mesin rumput rosak pulak... tu yang nampak togel aje... gara2 guna racun jugak habis mati pokok bunga ros merah dan putih saya.... sob...sob..sob...


sekian, wassalam...

No comments: