Tuesday, 18 August 2015

kitchen kabinet

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal kitchen kabinet kat rumah saya pulak...
KB yang ada kat rumah comel ni designnya bentuk u..

untuk counter topnya saya guna material tiles aje sebab tahan lasak dan murah.  saya pilih warna hitam supaya segala kekotoran yang ada kurang jelas.  cuma kalau hitam semua nampak gelap pulak.. jadinya saya memilih pintu hitam dan oren supaya nampak ceria.... semangat sikit nak memasak... (kalau masak tak sedap jangan salahkan KB pulak... kuang! kuang! kuang!)

KB ini dipasang sepanjang dinding dapur..
jom kita tengok KB ni dari sebelah kanan ke kiri...


sebelah kanan sekali saya letakkan mesin basuh.  
Reason: dekat dengan sumber air dan mudah sebab ianya bersambung dengan saluran air buangan dari sinki dapur.  

lagi pun saya akan basuh basuh sebelah petang sambil memasak... jadi mudahlah saya nak tengok mesin tu.

Pada sebelah atas sinki tu terletaknya rak pinggan yang digunakan hari2... 
masalah pada rak pinggan ini adalah pada anak2. saya memang dah ajar anak2 untuk cuci pinggan mereka sendiri. jadi lepas diorang cuci memang diorang tak boleh nak letak kat rak tu.. biasanya diorang akan letak kat sebelah kiri sinki tu aje dan saya yang akan letak kat rak tu.  tapi bagusnya saya boleh jadi QC untuk tengok kadar kebersihan pinggan tu. kalau saya tak puas hati, saya akan cuci semula senyap2 tanpa bebudak tu tahu dan letak elok2 kat rak...

kat sudut sebelah sinki tu saya gantungkan segala peralatan memasak macam sudip, papan pemotong, senduk, sudu, garfu dan sebagainya.  periuk nasi dan cerek air pun parking kat situ jugak...  belah atas tu saya letakkan bekas bawang saya.  bahagian bawah dapur tu terletaknya oven yang memang banyak jasa dalam keluarga saya. usia oven ini lebih kurang 9 tahun dah.. evergreen gitu... nak nampak kesan2 karat yang dah tak mahu hilang. cermin pun dah kelabu aje rupanya.. tapi tak apa, asalkan aktiviti membaking berjalan lancar... beres... saya dah berpuas hati...



bahagian yang mengadap tingkap ni lah terletaknya dapur.. tingkap sengaja saya tak mahu letak sinki sebab daripada pengalaman yang lepas2 kalau sinki dekat dengan tingkap, grill tingkap tu akan cepat berkarat dan susah nak bersihkan.. lagipun saya suka rak pinggan atas sinki... bahan2 untuk memasak yang biasa saya letak dalam bekas plastik warna hijau tu dan parking kat depan tingkap aje... tapi nampak macam serabut.  cuma belum ada idea nak letak kat mana... nanti2 lah fikir..



 kat sudut kiri tu saya letak blender, mixer, stok makanan yang tak muat nak letak kat tall rak (suka sangat saya buat stok) dan jugak bekas beras tupperware. kat sebelah kiri ni pulak letaknya tall rak saya. saya pernah cerita pasal tall rak saya kat entry sebelum ni. boleh baca di sini.  sebelah tall rak tu letaknya peti sejuk dan freezer... sebelah freezer tu bukan mesin basuh (rupa sama tapi fungsi lain2 ye...) itulah dryer saya.  ini kes orang nak senang aje lah kan... saya kan ibu bekerjaya. nak jemur baju tu malas bebenor..... sebaik sahaja mesin basuh berhenti berputar, saya terus masukkan dalam mesin pengering ini pulak... nasib baik saya suka lipat baju... jadi aktiviti sebelah malam adalah melipat baju sambil tengok TV...

 



macam mana saya susun semua barang2 dalam KB tu saya cerita dalam entry yang lain pulak ye...

sekian, wassalam.



like