Monday 10 August 2015

mengecat feature wall - momento special effect

assalamualaikum semua..

entry kali ini nak cerita pasal dinding yang nampak kosong aje kat rumah comel kami.

ini lah rupanya. sila abaikan wayar yang berselirat tu ye.  waktu ni sofa  dua biji dan siap2 dialihkan. tangga tu tengah bersiap sedia untuk dipanjat..  TV dok menyala lagi. dah puas suruh bebudak padamkan TV tapi diorang buat dek aje...




untuk proses dekorasi kali ini saya menggunakan cat momento, special effect paint jenis gold feast.  ala2 gold gitu... cewah.


gambar kat bawah ini adalah toolkit yang wajib ada. dalam toolkit ini ada spatula untuk mengacau cat, berus dan  scraper (yang ini saya x guna)




inilah rupanya setelah dicat dengan menggunakan cat momento.. saya suka sangat..



ini pulak setelah diletakkan 2 ekor 'anak gajah'.  anak gajah ini dah lusuh sangat dan perlu diganti dengan baru.


next entry saya akan up date pulak dekorasi terkini ruang tamu setelah ditukar dengan sofa yang baru....

sekian..

No comments: