Thursday, 3 September 2015

aiskrim oreo (homemade)

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

entry kali ini nak kongsi resepi aiskrim yang sangat mudah.
bahan2 yang digunakan pun senang nak dapat.
jom tengok cara-caranya...........

bahan2
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalate (kalau tak nak letak pun boleh)
1 peket biskut oreo



mula-mula kita pecah2 kan biskut oreo macam gambar kat bawah ni.. krim oreo tu jangan dibuang.  letak aje sekali..



lepas tu bolehlah kisar guna blender kering.  kalau nak tumbuk pun boleh jugak.. nanti jadilah macam rupa kat bawah ni..



masukkan susu cair, susu pekat, ovalate, telur, esen vanila ke dalam blender dan kisar hingga sebati dan nampak ringan.  kalau nak guna mixer pun boleh. tapi kalau guna mixer kena pukul 15 minit.



lepas tu masukkan ke dalam tupperware dan tuangkan bikut oreo yang telah dikisar tadi.



kacau dengan menggunakan sudu sahaja. lepas tu tutup dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.





biarkan aiskrim selama 1 1/2 jam (separa beku) kemudian keluarkan dan pukul lagi. tujuannya adalah untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang lebih halus. kemudian bekukan semula sehingga keras.. ini bergantung kepada peti sejuk anda ye... macam saya, saya buat waktu pagi.  malam baru bebudak makan. tapi sepanjang tempoh tu, peti sejuk tu asyik kena buka aje sebab budak2 dah tak sabar...



bila aiskrim dah beku bolehlah dikeluarkan. gunakan scoop aiskrim dan boleh dihias dengan coklat rice atau apa saja yang sesuai sebagai penyeri aiskrim... begini lah rupanya.. bebudak suka sangat sebab tekstur aiskrim tu sama halus macam yang dibeli kat kedai.....


selamat mencuba...


sekian, wassalam...

like