Tuesday, 1 September 2015

apa ada dalam kitchen kabinet

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

entry kali ini saya nak cerita sedikit tentang KC di rumah saya yang comel ni.  sebelum ini ada saya tunjukkan KC daripada luar aje kan.  so kali ini saya nak tunjukkan bagaimana saya menyusun peralatan memasak dan peralatan dapur di dalam KC pula.


mula2 nak tunjuk dulu buah strawberi yang saya gunakan sebagai hiasan pada tangkai pintu tall rak saya..... hahaha


ok untuk pinggan mangkuk kegunaan harian, saya letakkan di atas sink.  senang nak letak walaupun bermasalah untuk anak2, (iayalah anak2 saya masih kecil lagi kecuali Izah. dah sama tinggi dengan mamanya) tapi saya suka.  lepas basuh aje terus letak kat situ. maknanya kat situlah pinggan mangkuk harian saya lepak sampailah saya tukar set pinggan yang lain... (hihihi... macamlah banyak sangat set pinggan saya).   biasanya orang suka letak rak pinggan kat atas counter top kan?  tapi berdasarkan pengalaman saya, kalau letak kat counter top, ruang tu jadi sempit untuk saya buat kerja2 memasak.  jadi untuk mendapatkan ruang yang luas, ini lah cara saya....


yang ini pemandangan dari depan KC saya. sebelah oven tu tempat letak tong gas. tak perlulah nak tunjuk gambar. u ll boleh bayangkan sendiri aje... selepas tempat tong gas tu yang saya nak cerita...



tada.........
inilah rupa bahagian dalam KC saya. saya gunakan rak jenis sorong tarik aje. ini pun berdasarkan pengalaman yang lepas... kalau guna rak kayu yang bertingkat2 tu selalunya susah nak ambil peralatan yang ada disebelah dalam.. kadang2 jenuh memunggah dulu kalau nak guna... dengan guna rak jenis ini saya tarik aje kalau nak ambil peralatan memasak yang duk kat hujung KC.  

KC sebelah kanan saya gunakan untuk menyimpan peralatan memasak seperti periuk dan kuali. manakala KC sebelah kiri tu saya gunakan untuk menyimpan segala jug air, tupperware bekal anak2 ke sekolah dan lain...




ok.. kita tengok dari dekat pulak ye




untuk ruang KC yang lain saya akan cerita dalan entry yang akan datang ye...

sekian, wassalam....

like