Wednesday, 23 September 2015

bunga kat meja solek

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal meja solek dalam bilik tidur utama pulak.


inilah pemandangan asal meja solek saya.  simple aje kan. dengan sedikit perubahan jadilah macam gambar kat bawah ni.


perasan tak perubahannya???

inilah meja solek saya setelah ditukar bunga hiasan. (ala tukar bunga aje pun nak kecoh...)
comel aje kan.
kalau u'll tengok atas meja ni 'clear' aje. nak tahu kenapa?
sebabnya kat belakang cermin tu ada ruang simpanan.
segala alat2 solek saya semua sorok kat situ...
saya memang tak suka banyak barang atas meja.
kalau boleh semua nak sorok supaya nampak kemas

cermin bulat tu saya guna untuk belek muka.
tapi rasa macam semak pulak..
mungkin boleh letak kat tempat lain kot.
dah memang jadi habit saya suka belek muka akt cermin.
atas meja ofis pun ada cermin.
tapi sebab pernah kena perli dgn ofismate saya simpan cermin tu dalam laci...
hihihi

jenuh jugak saya nak cari sudut yang sesuai untuk snap gambar.
lepas snap aje mesti nampak muka saya kat dalam gambar tu.
kesudahannya inilah hasil yang berjaya dirakam...

sebelah meja solek tu adalah mesin massage.
 mesin tu saya dapat free masa beli  Gintell Fitness Elliptical bike.
boleh baca dalam entry di sini.
buat masa ni kalau nak guna dikeluarkan dari kotak,
lepas guna masuk balik dalam kotak.

macam mana saya susun segala alat2 solek saya dalam almari tu nanti saya cerita dalam entry yang lain pulak ye...

sekian, wassalam..

like