Monday 7 September 2015

cara nak kekalkan kesegaran sayur yang disimpan dalam peti sejuk

assalamualaikum semua..

tip ini saya dapt daripada FB.  dah lama tip ini tersimpan dalam draf.
so hari ini saya nak kongsikan..
semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..
sumbernya saya terlupa nak ambil.
minta ampun banyak2 kepada tuan punya tip ini sebab x letakkan sumber...
tujuan saya nak berkongsi dengan pembaca blog ini sahaja....




Mula2 kita keluarkan semua sayuran daripada plastik dan rendamkan dulu sayuran lebih kurang 15-20 minit je. Bagi kotoran yg melekat pada sayur/buah tu senang tanggal. Lagi satu, untuk keluarkan racun yg masih melekat pada sayur/buah tu. Nak hilangkan terus racun memang x boleh kot😖. Kecuali tanaman yg x gunakan racun serangga.




Lepas rendam, tos sayuran tersebut dan simpan dalam bekas kedap udara / bertutup. Sy simpan dalam bekas besar ni terus. Jimat ruang peti ais sy yg comel tu. Hihi.



Dah boleh simpan dalam peti. Sebelum2 ni sy simpan sayur n buah yg masih dalam plastik, kat tempat sayuran bawah sekali tu. Tapi selalunya cepat layu.. bila dah layu or rosak, dah x sesuai dimakan. Kan pembaziran namanya tu bila lastly buang.

P/s: Baru la nampak kemas dan tersusun peti comel sy ni. Hihi. Senang nak cari apa2 barang yg kita simpan.





Nampak x sayuran ni masih segar, x layu pun walau dah hampir 4 hari dalam peti ais!

Kuantiti haruslah berkurangkan sebab kami makan sayur hari2.. hihi.

Pada yang nak sayur dia tahan lama, boleh cuba cara ni ye. Sayur kekal segar berhari2. 

P/s: Kalau sayur yg cepat rosak, kena simpan dalam bekas berasingan, sebab boleh effect kat sayur lain yg masih segar.. cth: tomato, timun yg dh berpotong,...


selain daripada itu adalah lebih selamat jika kita keluarkan isi dalam tin (cth susu) dan simpan dalam bekas kedap udara yg lain. Tin boleh menyebabkan karat, terutamanya tin yg sudah dibuka.

sekian....

No comments: