Friday 23 October 2015

island segera di dapur

assalamualaikum semua

entry kali ini nak tunjuk (macam riak la pulak) sedikit perubahan pada dapur di rumah comel ini.
sebenarnya saya memang berangan2 nak memiliki dapur yang ada island.
tapi memandangkan ruang yang comel, keinginan terpaksa dilupakan.
namun begitu saya gigih jugak berfikir macam mana nak merealisasikan impian tu.
setelah jenuh memerah otak, google merata2 tapi tak jumpa jugak idea yang bersesuaian.
sesetengah idea yang ditunjukkan memerlukan kos yang tinggi.. sob.. sob.. sob...

tujuan saya nak ada island ini adalah untuk memudahkan kerja2 di dapur dan sebagai ruang untuk sarapan pagi.
tapi kalau saya buat jugak island yang bersaiz 2 kaki lebar tu memang sesaklah dapur.
lagipun kalau boleh saya tak mahu island yang fix.
kalau boleh nak island yang kalau rasa nak diubah, boleh ubah.
kalau boleh nak yang simple.
kalau boleh nak yang murah.
kalau boleh.........
hihihi.. banyak betul 'kalau boleh' nya

dan akhirnya.......
inilah hasilnya.





Entah macam mana timbul pulak idea saya untuk membeli meja ini.
meja konsol yang biasanya orang letak kat ruang tamu akhirnya menjadi island di dapur saya.
meja ini tak lebar sangat. sesuai sangat untuk diletakkan di ruang yang sempit.
saya beli stool 3 biji dan letak kat bawah meja tu.


pemandangan dari sudut lain pulak.

setakat ini saya berpuashati dengan kewujudan island segera ini.
di samping sebagai kaunter sarapan, ia juga berfungsi sebagai tempat saya nak  buat kerja mengguli tepung, menyediakan bahan2 masakan dan sebagainya.
sebelum ini kami bersarapan di ruang makan utama.
setakat minum air secawan dan makan roti seketul macam tak sesuai aje guna kat ruang makan yang berkerusi lapan tu.
lepas tu jauh sikit dari dapur. leceh.
saya kalau boleh nak semua ada kat sebelah kiri, kanan, hadapan dan belakang saya.
ia lah masa itu penting.
semenjak ada meja ini memang mudah. lepas saya sediakan sarapan, pusing belakang dan letak aje kat atas meja ini.
lepas tu sediakan minuman panas. nak kemas pun senang sebab dekat dengan sinki.

meja comel setelah dihias dengan mug.

kos untuk menghasilkan island segera ini memang dalam budget saya.
sebenarnya masa saya survey harga meja ini ada banyak jenis.
meja yang berharga RM 1++ pun ada tapi materialnya macam bukan jenis yang tahan lama.
ada satu yang saya berkenan pulak kaler putih. (memang lari konsep lah).
kesudahannya saya beli material kayu yang berharga RM2++ dan berwarna dark brown. (sebenarnya saya cari hitam tapi tak jumpa)
stool pun saya beli kebetulan tengah sale. dapat murah sikit.
sebenarnya saya nak beli stool warna oren. konon2 nak matchingkan dengan kabinet oren.
tapi tak jumpa. yang ada pun mahal sangat..
dengan kos lebih kurang RM300 impian saya untuk ada island ini pun tercapai...
alhamdulillah...

anak2 pun suka guna ruang ini.
setakat nak makan yang simple2 memang sesuai lah.

so..kepada sesiapa yang sedang mencari idea buat island dengan kos yang rendah dan tak memerlukan ruang yang besar bolehlah guna idea ini..

inilah rupanya bila dah letak makanan. gambar ini adalah breakfast anak2 semalam. stove pizza dan air milo... simple aje.

sekian, wassalam

No comments: