Tuesday 27 October 2015

sup cendawan homemade

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua


entry kali ini saya nak kongsi macam mana nak buat sup cendawan yang biasa kita makan kat kedai.
sebenarnya tak susah sangat pun nak buat sup cendawan ni.
bahan2 yang digunakan pun simple aje.
anak bujang kecik saya memang suka betul dengan sup cendawan.

jom kita jengah bagaimana nak buat sup ini.

bahan-bahan
1 paket cendawan segar
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu tepung gandum
2 sudu butter
2 sudu minyak masak
1 tin susu cair
1 tin cendawan (dicincang halus)
2 cawan air
1 ketul kiub pati ayam

cara membuatnya.

1.  bersihkan cendawan segar dan toskan. kemudian hiris bawang besar dan bawang putih.




2. panaskan minyak dan butter. kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris tadi hingga naik bau wanginya.  kemudian masukkan cendawan segar tadi dan tumis hingga cendawan tadi layu.



3.  setelah cendawan tu masak masukkan tepung gandum. kacau hingga rata.  selepas itu masukkan susu cair.  biarkan sebentar hingga susu cair mendidih. kemudian matikan api.




4.  masukkan ke dalam blender dan kisar hingga semua bahan tadi hancur.


5.  keluarkan cendawan dalam tin dan cincanglah hingga halus.  gambar cendawan yang dah halus lupa nak snap. hihihi



6.  setelah itu masukkan semula bahan yang telah dikisar semula ke dalam kuali. masukkan cendawan yang dicincang halus tadi. masa ini sup ini nampak pekat. tambahkan 2 cawan air dan kiub ayam.  biarkan hingga mendidih. kalau nak tambah ayam cincang pun boleh juga.



7.  angkat sup tadi dan bolehlah dihidangkan.  kalau rasa sup ini banyak bolehlah dimasukkan dalam tupperware disimpan ke dalam freezer. kalau nak guna cuma keluarkan dan panaskan sahaja.



nota:  sup ini amat sedap dimakan bersama roti dan pizza

selamat mencuba...
wassalam.

No comments: