Wednesday, 4 November 2015

hiasan atas meja makan

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal ruang makan utama saya.
ruang makan utama ini sebenarnya adalah ruang makan yang biasanya digunakan untuk makan tengahari dan malam.
manakala untuk sarapan pagi kami guna meja panjang yang terletak kat area dapur aje...


 


inilah rupanya.. mula2 saya letak aje cup cake atas meja tu.. tapi nampak macam tak menarik  pulak.. nampak kosong, kosong, kosong............


akhirnya saya ambil keputusan untuk ambil pinggan 2 tingkat saya yang dah naik bersawang sebab tak pernah digunakan.  Bahagian atas saya letak cup cake hiasan tu dan bahagian bawahnya saya letakkan koleksi kulit siput yang ada saya kutip dan ada juga yang saya beli...

sekarang ni saya tengah duk berfikir apakah idea decorasi yang sesuai untuk bahagian belakang dinding tu...
sebenarnya ada 2 pilihan di dalam fikiran saya. (kos pun tak lah tinggi sangat)
pertama tampal wall paper
kedua gantung beraneka frame macam gambar bawah ni.. (sumber: google)



nanati saya update perkembangan dinding belakang tu ye...

sekian, wassalam

like