Thursday 26 November 2015

koleksi tupperware yang...........

assalamualaikum semua

semalam entah kenapa datang pulak kerajinan untuk mengemas KC  Habis semua tupperware yang di dalam tu saya keluarkan dan susun semula.

sebelum ni saya susun tupperware buka penutupnya dan tindih2.
bila nak guna susah betul nak cari partnernya.
lepas kemas2 semalam, baru sedar sesuatu. saya sedikit kecewa kerana ada sebahagiannya dah hilang partner.  ada yang penutup ada, bekas tak ada, dan sebaliknya.

saya dah mula musykil.  hairan.
saya simpan kat area situ aje, macam mana boleh tak ada.
takkan lah boleh berjalan sendiri.
nak katakan anak2 saya guna untuk bawa bekal ke sekolah tak mungkin sebab saiznya besar..

nampaknya saya terpaksa melakukan operasi mengemas secara besar-besaran untuk memastikan kesemua tupperware saya dapat dijumpai semula.


setelah dikemas dan susun.  inilah yang ada.
sebahagian lagi belum dikemas.
yang ada dalam gambar ni lebih kurang 1/2 aje.
selebihnya saya guna untuk isi segala macam benda daripada tepung, gula.... sampailah biskut2.

saya sendiri terperanjat tengok koleksi tupperware yang saya ada.
banyak betul.. dah boleh buat garage sale pulak...
lepas ni kena kurangkan membeli ye...
kalau boleh elakkan daripada melihat katalog tupperware.
sebab kalau tengok mesti terjebak punya.
tapi boleh ke???

nafsu membeli tak hilang2.
sekarang dah mula nak mengumpul koleksi corelle pulak.
aduhh... memang betul lah bila dah ada anak ni dah jadi perangai emak2 pulak...
dulu emak saya suka kumpul pinggan mangkuk.
dia beli lepas tu simpan dalam almari.
bila ada special event baru emak saya keluarkan dan guna.

tapi bagi saya rugi pulak.
beli mahal2 tapi simpan aje.
so saya guna sepenuhnya.
selang 2 @ 3 bulan tukar set lain pulak.
barulah tak membazir namanya.

anak2 saya pun support hobi mama dia orang.
habis macam mana???

Perancangan cuti hujung tahun ni nak ke Langkawi pulak...
lalalala..
shopping lagi...

sekian celoteh saya.. wassalam.

No comments: