Thursday 12 November 2015

simen fero (kayu) part 2

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

kita sambung lagi projek pembinaan simen fero.



inilah rupa kerangka yang dah dibiarkan semalaman.  walaupun nampak keras, jangan berani2 duduk sebab strukturnya masih belum kuat lagi...



inilah peralatan yang diperlukan untuk entry ke2 ini. berus dawai, paku, berus cat, sudip serpihan BRC dan wire mesh untuk proses membuat corak.

mula2 kita terbalikkan dahulu kerangka yang dah dibuat semalam. buangkan kertas surat khabar yang melekat pada kerangka itu. 

  


bancuhan mortar yang digunakan adalah 1:2.  waktu ini tenaga lelaki memang diperlukan.  yang perempuan hanya mampu tengok aje.  ini melibatkan kerja berat.


pada masa yang sama formwork untuk bangku dan meja bolehlah dibuat.

kita tengok step untuk bangku panjang dahulu.

kita gunakan kayu sebagai formwork.  alaskan dengan kertas pada bahagian bawahnya dan pasang frame kayu tersebut.  untuk mengurangkan keberatan pada bangku kita kurangkan penggunaan mortar dengan meletakkan atas polisterin pada ruang tengah2 bangku tersebut. alaskan dengan kertas dan tuangkan bancuhan mortar.  ratakan. anggaran separuh daripada ketebalannya. 


sila rujuk gambar..

 

selepas itu letakkan BRC 2" x 2". alaskan dengan besi dan ikat dengan dawai.  kemudian tuangkan mortar dan ratakan hingga mendapat ketebalan yang dimahukan.

 

 

 


untuk membuat meja pula, kita gunakan kepingan zink.  prosesnya sama dengan membuat bangku tadi.  sila rujuk gambar ye..









untuk mengelakkan permukaan meja dan bangku nampak kaku, gunakan berus cat untuk meratakan permukaan atas tersebut.  unutk meja gunakan gerakan dari pusat menghala keluar manakala bangku gunakan gerakan lurus. dari kiri ke kanan.  biarkan sekurang-kurangnya 3 jam untuk mortar itu mengeras.






sekarang kita beralih pula kepada kerangka yang dibuat semalam.  buat lepaan kedua dengan ketebalan lebih kurang 1 - 1 1/2 cm.

 

 

 untuk membuat bentuk seolah2 ranting kayu pula, ambil mortar menggunakan tangan (ikut saiz yang dimahukan) dan letakkan dibahagian tepi kerangka yang sudah siap dilepa tadi. gunakan jari untuk mencantumkannya.  gunakan sudip untuk meratakannya.  untuk menampkkan hasil dahan dipotong, buat garisan pada ranting tersebut dengan menggunakan sudip.

 

 

 


setelah lebih kurang 3 jam, bolelah kita buka formwork bangku dan meja tadi. buka dengan perlahan2.  kena ingat bancuhan ini masih belum kuat lagi.




buatkan ukiran kulit kayu pada bahagian atas permukaan meja tadi.  ketebalannya lebih kurang 1  1/2" hingga 2". jangan terlalu dalam.  asalkan nampak corak dah ok.  bersihkan dengan menggunakan berus.




pada bahagian tepi pula ukir dengan menggunakan paku atas ke bawah.  harus diingatkan bahawa bancuhan ini masih lembut. tarik dari atas ke tengah dan bawah ke tengah. ini unttuk mengelakkan bancuhan ini pecah.  gunakan BRC 1/2" x 1/2 " dan wire mesh untuk ukiran kesan halus.





langkah yang sama juga dibuat untuk bangku panjang.  boleh rujuk gambar.

 


selepas mortar nampak mengeras, anggaran 2 jam bolehlah dibentukkan ukiran kulit kayu pada kerangka tadi.  gunakan paku dan lorekkan mengikut kreativiti sendiri.  boleh rujuk gambar ye..


 

 

 

bersambung.....

related article
simenfero kayu part 1.
simenfero kayu part 3

No comments: