Thursday 12 November 2015

simenfero (kayu) part 1

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

entry kali ini saya nak ceritakan projek simenfero corak kayu pulak..
sebelum ini saya pernah ceritaka langkah demi langkah cara membuat simenfero masonry. boleh tengok sini , sini dan sini.
sama macam entry simen fero masonry, saya akan terangkan sebanyak 3  entry jugak...

untuk entry hari pertama ini perkara yang paling penting adalah lukisan.
ada 3 lukisan yang perlu difahami.

macam biasa, saya akan tunjukkan guna gambar ye..




sebelum kita mulakan projek ini, kita perlukan mengenalpasti bahan2 bahan yang diperlukan.
  1. BRC 2" x 2" (untuk bangku dan meja)
  2. BRC 1/2" x 1/2"
  3. wire mesh
  4. kepingan zink (formwork meja bulat)
  5. spray lekar @ stone guard
  6. simen portland
  7. pasir halus
  8. cal elmulsion (cili red, yellow corn, coklat, hitam)
  9. paku besi 5"
  10. berus cat 1/2", 2" dan 4"




inilah BRC 1/2" x 1/2" dan wire mesh yang paling banyak digunakan untuk membina kerangka.  



 
mula-mula potong BRC mengikut ukuran yang diberikan dan potong. selepas itu gelungkan mengikut saiz yang dikehendaki dan ikat dengan dawai halus. letakkan BRC pada bahagian atas gelungan tadi sebagai penutup atas dan kemaskan.

bila dah siap kerangka dripada BRC tadi, lapiskan dengan wire mesh pula.  caranya sama dengan membuat kerangka BRC.  ikat BRC dengan wire mesh menggunakan dawai.  tujuannya adalah untuk memudahkan proses melepa nanti.  sila rujuk gambar ye..

 



 




 untuk membuat kerangka akar pada meja pula, kita bentukkan BRC membentuk segitiga seperti gambar dibawah. untuk mengurangkan berat kaki meja tu, masukkan kertas terpakai ke dalamnya. selepas itu, bolehlah sambung pada kerangka utama tadi.

 









buat juga kerangka pada bahagian tepi kaki meja itu.



 

 

bila dah siap kerangkanya, boleh lah kita lepa untuk lapisan pertama.  nisbah bancuhan mortar adalah 1:2.  masa proses ni kalau tak mahu tangan luka silalah pakai losyen ye... kalau nak pakai sarung tangan pun boleh juga. tapi saya rasa macam lambat pula kalau pakai sarung tangan.  hati2 juga semasa melepas kerana ada dawai2 tajam yang mungkin boleh melukakan tangan anda.

 

 

inilah hasil hari pertama.  kita perlu biarkan semalaman. pastikan ia diletakkan di bawah bumbung untuk mengelakkan daripada terkena hujan...

bersambung..............


related article




1 comment:

rohan said...

Terima kasih atas perkongsian yg baik, dh selak2 blog puan... seorang yg sgt aktif, mohon izin utk follow blog puan...byk panduan