Wednesday, 18 February 2015

cara kira BMI

assalamualaikum semua...

entry kali ini nak sambung cerita pasal diet.  setakat pagi tadi berat badan saya adalah 51.5 kg.  BMI saya 22.89 berada dalam kategori berat normal.   azam saya nak turunkan lagi berat badan hingga berada bawah 50kg. ada 2 jadual yang boleh dirujuk seperti dibawah:


Jadual 1: Klasifikasi berat badan untuk orang dewasa mengikut indeks jisim tubuh (BMI). (International Classification).
Klasifikasi
Indeks jisim tubuh (BMI)
Kurang berat badan
< 18.5
Berat normal
18.5 - 24.9
Lebih berat badan
>25
Pre-obese
25.0 – 29.9
Obese kelas I
30.0 – 34.9
Obese kelas II
35.0 – 39.9
Obese kelas III
>40
                                                                  sumber: World health Organization (WHO), 1998



Jadual 2 : Klasifikasi berat badan untuk orang dewasa Asia mengikut indeks jisim tubuh(BMI)
Klasifikasi
Indeks jisim tubuh (BMI)
Kurang berat badan
< 18.5
Berat normal
18.5 - 22.9
Lebih berat badan
>23
Risiko
23.0 – 24.9
Obese kelas I
25.9 – 29.9
Obese kelas I
>30
                           Sumber: WHO/IASO/ IOTF, 2000


cara mengira BMI boleh link di bawah

http://badanlangsing.com/5-kira-bmi/info_10.html

hmmmmmmmm



Friday, 13 February 2015

perkembangan semasa diet

assalamualaikum semua...

masih ingat lagi tak azam saya yang ingin menurunkan berat tahun ini.   (macam lah orang follow sangat blog ni.. hihihi).  untuk pengetahuan pembaca semua... setakat ini proses menurunkan berat badan saya memberikan impak yang positif.  sampai hari ini, berat badan saya telah menjadi 52.5 kg. maknanya saya telah berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kg dalam tempoh ini. masih ada 7 kg lagi yang perlu dibuang sebelum mencapai berat badan ideal....

untuk pengetahuan semua, saya tidak mengambil sebarang produk menurunkan berat badan.  saya hanya mengira dan mengawal jumlah kalori harian.  saya ada sertakan cara mengira kalori dalam post sblm ini di sini. saya juga menggunakan kaedah pengambilan 20% karbohidrat 40% protein dan 40% serat dalam diet harian saya.  maknanya saya memang kurangkan pengambilan nasi.

untuk program diet cara ini, penurunan berat badan adalah perlahan terutama sekali sekiranya kita kurang bersenam.  dalam seminggu mungkin hanya turun 1 kg sahaja.  namun begitu, kelebihan program diet cara ini adalah kita tak perlu berhabis banyak RM membeli produk perlangsingan.

setakat ini saya memang berpuas hati dengan prestasi diet saya.  sesiapa yang hendak menurunkan berat badan bolehlah cuba cara saya. tak perlu berbelanja byk.. hanya kurangkan pengambilan makanan  maknanya latih perut kita untuk makan sikit. jangan tak makan langsung pulak... nanti penyakit lain pulak yang datang.

sekian celoteh saya pada hari ini..... wassalam




Tuesday, 3 February 2015

apam polkadot

assalamualaikum semua..

ini adalah aktiviti hari Ahad lepas tapi hari ini baru ada mood nak up date.... hehehe

membuat apam polkadot ini mudah aje.

bahan-bahannya
2 biji telur (suhu bilik)
1 cwn gula (saya kurangkan jadi 3/4 aje)
1 sudu kecil ovalette
2 sudu kecil esen vanila
1 cwn susu segar/ susu cair
2 cawan tepung gandum diayak dengan satu sudu soda bikarbonat/ boleh guna tepung naik sendiri
jem strawberi secukupnya.

cara-caranya

  1. mula-mula panaskan pengukus. jangan lupa letak air dalam pengukus tu..
  2. pukul telur, gula dan esen vanila hingga sebati.
  3. masukkan susu segar. pukul lagi
  4. masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat. gaul sebati
  5. Akhir sekali masukkan ovalette dan kacau lagi. (kalau nak apam kita gebus ini kena letak last sekali ye)
  6. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. lepas tu bolehlah bubuh kaler yang disukai. 
  7. kemudian masukkan adunan tadi dalam piping beg.  nak senang kerja.  jangan lupa masukkan juga jem strawberi tadi dalam piping beg juga.

beginilah rupa adunan yang telah siap di letak pewarna...





paipkan adunan tadi dalam paper cup macam gambar dibawah ni. masukkan 1/2 dulu ye.  lepas tu paipkan jem strawberi kat tengah2nya. 

 



lepas tu paipkan lagi separuh sampai penuh paper cup tu
 


lepas tu buat titiskan macam gambar di bawah untuk menghasilkan polkadotnya.....

 



dah siap bolehlah dimasukkan dalam pengukus.. dan kukus selama 15-20 minit.  


tada....... inilah hasilnya.. inilah gambar yang dapat disnap. yang lain dah masuk ke dalam mulut anak2 ku....  kena serbu dek anak2  lepas keluar daripada pengukus. seronok tengok....









selamat mencuba................


like