Monday, 29 June 2015

membuat roti jala yang sedappppp

assalamualaikum semua

hari ini saya nak kongsikan yang sangat simple dan baahn2 pun mdah diperolehi.



bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/ santan/ susu segar (saya guna air dicampur dengan santan)
sedikit pewarna kuning

cara-caranya

1. blend semua bahan hingga sebati kemudian masukkan ke dalam acuan roti jala.  Saya guna jenis botol yang ada 3 muncung. boleh tengok gambar di bawah ini.  bagi saya guna botol senang sebab mudah nak kawal kadar aliran tepung yang keluar.

  

2.  Panaskan sebentar kuali non stick (boleh aje guna kuali biasa tp kena letak minyak sikit).  Lepas tu korang jala lah ikut suka hati.  asalkan bila digulung nampak berkirai macam jala ok....  korang tak payah terbalikan roti tu tau  nampak kering aje angkat.   gambo bawah ni saya punya versi.  versi janji jala.  hahaha tak ada QC hokey....

3.  Lepas tu bolehlah gulung mengikut saiz yang disukai... gambo kat bawah ni tangan anak bujang saya yang tetiba datang angin kus2 nak tolong mama dia kat dapur.. sampai habis dia tolong gulung.  Lepas tu buka dan sahur dia nak makan roti jala aje... hahaha..


 


 4.  ini lah rupa roti jala yang dah siap digulung.  roti ni lembut aje.  Saya lawankan dengan kari ayam aje.  terima kasih kepada pemilik resepi asal Azie kitchen yang sudi berkongsi resepi roti jala ini.






Tuesday, 23 June 2015

cheese tart

assalamualaikum semua

hari ini saya nak kongsi resepi yang menjadi kegemaran kami anak beranak iaitu cheese tart. inilah rupa cheese tart yang sangat sedap di tekak saya anak beranak... 



bahan pastri
500 gm tepung
30 gm tepung susu (kalau tak mahu letak pun boleh)
120 gm gula 
340 gm mentega
80 gm telur (saya guna 2 biji telur gred B)
1 sudu esen vanilla

bahan filling
250 gm krim keju
120 gm mentega (unsalted tapi saya guna mentega yang salted aje)
120 gm gula ising
60 ml telur
20 ml jus lemon
inti blueberry secukupnya


cara-cara membuatnya

cara untuk pastri


  • gaulkan semua bahan pastri dan uli hingga jadi doh. boleh tengok gambar di bawah.


  • rehatkan 30 minit.  masukkan ke dalam acuan tart. cara nak masukkan dalam acuan tart seperti gambar di bawah ye.
 

  • mula2 kita ambil doh bulatkan dan masukkan dalam acuan.  lepas tu kita penyekkan dengan menggunakan jari hingga jadi macam gambar dibawah. yang ini kena pandai agak2. kalau nipis sangat pastri mudah pecah dan kalau tebal sangat nanti rasa banyak tepung daripada inti.






  • gunakan plastik cutter untuk membuang lebihan pastri pada bahagian atas acuan.  pastri akan kelihatan cantik dan rata.


 



  •  cucuk pastri tadi dengan garfu.  bertujuan untuk membuang gelembung udara.


  • beginilah rupa pastri yang dah siap dimasukkan dalam acuan.

  • bakar selama 10 minit pada suhu 180 darjah celcius.


  • bila dah masak keluarkan daripada acuan dan alaskan pastri dengan paper cup. boleh tengok gambar. biarkan sekejap dan bolehlah menyediakan bahan inti pulak...




cara untuk inti


  • pukul krim keju dan mentega hingga lembut.

  • masukkan gula icing, telur dan jus lemon. pukul hingga sebati.




  • masukkan krim keju ke dalam piping beg.  
  • inti blueberry juga dimasukkan ke dalam piping beg. 



  • picitkan inti blueberry ke dalam pastri. boleh tengok gambar.

  • selepas itu paipkan krim keju pula pada bahagian atasnya.

  • beginilah rupanya selepas dimasukkan inti blueberry dan krim keju. 


  • ambil sedikit inti blueberry dan tambah dengan sedikit warna purple. kemudian dengan menggunakan pencungkil gigi buat corak mengikut kreativiti sendiri ye. 
  • kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar selama 5 minit pada suhu 180 darjah celsius.

siap....




Monday, 22 June 2015

ais krim gula apong yang sedap di Kuching, Srwk

assalamualaikum semua..

agak lama tak update blog.... bz yang amat. ditambah lagi dengan  kecelaruan perasaan... sabar lah hati... Allah bagi  ujian sebab dia sayang kat kita.      melalut pulak... hahaha..........

Sebenarnya ini cerita sebelum puasa. gula apong sangat popular di bumi Sarawak ini.  sekarang ni memang tengah hot dengan ais krim guna apong.  disebabkan kerancakkan mendengar kawan2 bercerita, saya pun tergoda lah dan mencari juga ais krim ini.



tada............




inilah rupa askrim gula apong ini.  keistimewaan ais krim ini, ia menggunakan sepenuhnya gula apong sebagai pemanis.  rasanya lemak dan ditambah pula dengan toping biskut oreo dan nestum. nyammm. harganya RM5 semangkuk. kalau nak murah sikit boleh beli saiz cawan yang berharga RM2.  lokasi kedai askrim ini betul2 dekat persimpangan 4 ekor kucing di bandar Kuching.  (lupa pulak nak ambik gambo kedai tu... nantilah kalau saya ingat saya up date ye..

sekian

Friday, 12 June 2015

Pertandingan mewarna kanak-kanak


Assalamualaikum semua

pada 10 Jun 2015 yang lepas, satu pertandingan mewarna telah diadakan. pertandingan ini terbuka kepada anak2 staf sahaja.  Sebanyak 3 kategori diadakan. Kategori A adalah 9-10 tahun, kategori B 7-8 tahun dan kategori C adalah 5-6 tahun.  Azim masuk kategori B manakala Wani kategori A.. Budak2 ni bersemangat betul. sehari sebelum pertandingan diorang dah stand by beg dan peralatan mewarna masing2...

 

muka sebelum perttandingan bermula....  nampak eksited dan ceria aje...



 

aktiviti semasa menunggu keputusan pertandingan..  masa ini wani dan azim dapat hadiah bertuah....  hahaha.. seronok bebudak ini...




sebaik sahaja keputusan pertandingan diumumkan, nama Wani kena sebut dulu.... hahahaha dia dapat tempat ke 3.. bukan main seronok dia dapat piala tu...





senarai pemenang pertandingan mewarna...

 



 

gambo kat atas ini adalah hadiah yang bebudak ni dapat semasa aktiviti santai semasa menunggu keputusan pertandingan...


sekian............


Membuat simenfero (masonry) part 3

assalamualaikum semua

kita sambung lagi cara membuat simenfero untuk hari ke3 pulak

hari ketiga




 


mula2 kita bersihkan dulu konkrit yang telah keras tadi.  gunakan berus dawai. ini akan mendapatkan permukaan yang rata dan cantik serta memudahkan proses mengecat nanti.





 

 



 

Cat yang digunakan untuk projek ini adalah cat jenis air. Kita memerlukan sebanyak 3 jenis warna  untuk projek simenfero ini.  warna tersebut adalah hitam, putih dan merah bata. Warna-warna ini akan dicampurkan mengikut nisbah yang telah ditentukan.  Gunakan kayu untuk mengacau bancuhan cat kita ye... tapi kalau nak rasa trill boleh aje korang guna tangan macam bancuh tepung buat cekodok tu... hahahaha...

Gambo di bawah adalah jenis-jenis nisbah campuran yang dicadangkan. untuk projek ini  sebanyak 5 jenis campuran yang telah dibuat. maknanya kita akan dapat 8 jenis warna termasuk warna asal.





   
 


langkah seterusnya adalah memulakan proses mengecat. untuk mengecat permukaan konkrit ini kita abaikan warna putih dan hitam.  maknanya kita hanya menggunakan 6  warna sahaja.  kita gunakan warna merah bata untuk mengecat pada permukaan yang kecil dulu. seterusnya gunakan 5 warna yang telah kita campurkan tadi.  Warna hitam akan digunakan untuk mengecat lurah manakala warna putih akan digunakan pada kemasan terakhir nanti.  antara perkara penting yang perlu dipatuhi semasa proses mengecat ini adalah:

1.  permukaan kecil dicat dengan warna merah bata.
2.  elakkan daripada menggunakan warna cat yang sama pada bahagian bersebelahan.
3. Pastikan permukaan pada penjuru diwarna sama dengan penjuru yang bersebelahan.  ini supaya nampak seperti seketul batu kerana warna yang sama..







  
 





untuk menyelesaikan masalah bahagian atas meja yang bergoyang, kita boleh gunakan teknik meletakkan surat khabar sebagai alas.  boleh tengok gambar dibawah.






cat perlulah dibiarkan kering dengan sepenuhnya.  Setelah cat kering, gunakan cat putih untuk melakukan sedikit touch up pada permukaan konkrit tersebut. Gunakan surat khabar sebagai alas dan berus secara ringan melawan alur pada permukaan konkrit tersebut.  rujuk gambo dibawah ye...
















gambar di bawah menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas touch up dilakukan.. selepas itu permukaan ini akan disapu dengan 'lekar' atau 'stone guard' sebagai kemasan akhir.  Ia adalah bertujuan untuk mencantikkan lagi permukaan dan memberi daya ketahanan yang tinggi terhadap cuaca.










inilah hasilnya...... 4 set kerusi beserta meja segi empat sama dan sebuah bangku panjang... amacam??? boleh jual tak ni...?  seronok rasanya bila siap...

sekian untuk projek kali ini...

related article




like