Thursday, 30 July 2015

kemeriahan Syawal tahun 2015

assalamualaikum semua

hari ini baru sempat nak up date blog kesayangan....  kesibukan beraya sakan menjadikan diri saya terlupa sebentar dengan alam maya.  hihihi...

walaupun berbagai masalah dan ujian yang melanda diri ini tapi alhamdulillah saya masih lagi diberi kekuatan dan ketabahan untuk melaluinya.  Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.  Allah maha mengetahui...

Raya tahun ini memang berbeza dengan sebelum ini. Kalau sebelum ini aktiviti beraya hanya mengunjungi kaum kerabat yang dikategorikan sebagai 'orang kuat' keluarga sama ada sebelah emak ataupun ayah.

Tahun ini aktiviti 'baraan' (istilah jawa) saya menjadi lebih meriah apabila kawan2 yang sama2 sekolah rendah dulu dapat berjumpa semula (bila teknologi digunakan secara betul) dan saling kunjung mengunjungi sesama rakan... bayangkan ada yang baru bersua setelah 25 tahun terpisah... memang gamat lah suasana sebab masing2 ada kisah dan cerita yang ingin dikongsikan.

ini sekaligus menjadikan cuti raya saya menjadi terlalu singkat kerana jadual yang sangat padat... macam tak cukup aje cuti yang diambil....

sedikit perkongsian gambar sepanjang 10 Syawal pertama untuk tatapan korang ye...


gambar di pagi raya.. ini sebelum memulakan aktiviti 'baraan'.  raya pertama memang menjadi aktiviti wajib bagi kaum kerabat saya berkumpul dan akan bergerak dari satu rumah ke satu rumah. ahli baraan ini adalah  di kalangan kaum kerabat saya sebelah ayah. biasanya jangka masanya adalah 1 hari dan ianya dibuat pada Syawal yang pertama.


welfie pada Syawal ke 2...



2 keping gambar kenangan sempena pertemuan dengan kaum kerabat belah emak saya...


dan..... 

di bawah ini adalah kompilasi (macam album lagu pulak)
gambar-gambar kenangan bersama rakan2 daripada zaman sekolah sampailah zaman universiti.... kenangan yang mengusik jiwa... hahahah.  jom  tengok...

bersama Zaleha dan Jawira (dah jadi mak usu saya)

berkunjung ke rumah Lia.  Kawan sekolah rendah merangkap sepupu saya.. hahaha

sempat juga berkunjung ke rumah Mona (house mate masa degree dulu)



di bawah adalah aktiviti baraan yang sempat diikuti bersama rakan2 sekolah rendah dulu... memang marbeles lah korang semua.  best....



Yang 2 keping gambar kat atas ini kat rumah Watie.. kita orang main terjah aje... terkejut dia yang tengah sibuk siapkan assignment.. jangan marah ye....




3 keping gambar kat atas ini  kat rumah Haniza 


Ini kat rumah Anisah pulak....



yang ini kat rumah Sarena


gambar di bawah adalah kunjugan rakan2 ke rumah emak saya sempena kenduri cukur jambul untuk anak adik bongsu saya dan 'open house' sempena hari raya..


ini Fairuz dan isterinya.  dia ni rakan sebelah meja masa darjah 6 dulu..


ini pula bersama Sarena, Rina, Sairos dan Zanariah



sahabat karib masa diploma pun datang juga sekeluarga... tq Nica sebab sudi hadir.. warna baju pun hampir sama.. hihihi


ini bersama Mona dan suami (anak dia terselit nampak mata aje), Aris dan isteri, Amy dan Ruzie


bersama zaleha...


bersama lina karim pada sebelah malamnya. masa ni hp nak nak habis bateri. flash x boleh guna.. gambar pun jadi malap aje.....


Walaupun bermula daripada awal tahun 2015 saya diuji dengan dugaan yang sangat mencabar tapi alhamdulillah hidap saya tidak sunyi dengan kehadiran rakan2.  10 Syawal saya menjadi sungguh bermakna...

sekian, celoteh saya untuk hari ini.. 
wasalam.......





Wednesday, 8 July 2015

nozel dan coraknya

assalamualaikum semua

hari ini dah 8 julai 2015
cepat betul masa berlalu
dah 21 ramadhan.
dah masuk ke fasa 10 hari terakhir ramadhan.

saya memang suka membaking.
tapi buat masa sekarang sebab nak raya jadi oven banyak digunakan untuk buat biskut raya..
biasanya bila saya buat kek saya suka buat icing untuk menghias pada bahagian atasnya.
paling saya suka adalah menghias cup cake.
sebab cup cake ini comel2 dan banyak yang kita boleh curahkan idea pada setiap ketul cup cake tu...

di bawah ini saya kongsikan beberapa nozel yang biasa kita perolehi.
disertakan juga  contoh2 nozel dan coraknya.

sumber : pak cik google



































































Monday, 6 July 2015

cara mudah penukaran unit

assalamualaikum semua

diam tak diam sudah 6 Julai 2015.
dah ramadhan ke 19.
dah nak masuk fasa ke 3 ramadan...
waktu ini kaum2 ibu ramai yang mula meneliti/ mencari resepi2 biskut raya.
ada yang ambil jalan mudah dengan buat biskut tunjuk aje..

semasa saya membelek2 facebook tetiba nampak satu post daripada Datin Afifah foto.
bagusssss sangat terutama sekali masa musim membuat biskut ni...
jadi saya pun kongsikan ye... di bawah ini adalah penukaran unit yang biasa..
sesuai untuk rujukan kita semua.


like