Friday, 28 August 2015

mengait benang satu jarum... seni yang semakin dilupakan

assalamualaikum semua

Entry kali ini nak cerita pasal seni mengait.
dulu saya belajar mengait dengan mak cik saya selepas habis SPM.
minat tu saya teruskan semasa belajar di IPTA dulu.
hasil kaitan yang paling besar adalah berjaya menghasilkan alas meja makan 6 tempat duduk.
seronok rasanya bila hasil seni saya masih lagi digunakan sampai sekarang.. (nostalgia gitu)..

tapi malangnya kesibukan bekerja dan menguruskan rumah tangga menjadikan saya tidak ada masa untuk menyambung hobi saya itu...
lagipun banyak sangat perkara lain yang perlu diutamakan.
sampaikan alas meja kopi di ruang menonton pun terpaksa beli yang ready made kat kedai...

entah macam mana masa membaca entry dalam FB tiba2 ternampak satu posting pasal seni mengait ini sekali dengan coraknya..

disebabkan saya memang telah mempunyai kemahiran mengait, dengan berpandukan corak yang diberi memang saya boleh lah buat (amboi... riak tak ingat.. hihihi)

niat dihati nak buat alas meja kopi.
nanti kalau lah saya berjaya menghasilkan alas meja tu, saya masukkan dalam ini ye...
sekali dengan corak yang yang buat..
cuma.... entah bila lah ye..

kat sini saya kongsikan sedikit (dlm FB tu ada 221 corak.. pengsan nak ambik semua. ambil yang mudah2 aje ye)













































































































































bila tengok corak2 dan hasilnya, macam bersemangat dan mengait balik..

sekian, wassalam..


like