Monday, 28 September 2015

cara kira kalori makanan

assalamualaikum semua


Dalam entry pasal diet saya sebelum ini saya pernah memberikan contoh2 makanan sekali dengan nilai kalorinya.  boleh baca di sini.  tapi yang diberi itu adalah contoh makanan aje.

mungkin ada yang bertanya macam mana sebenarnya nak kira kalori.

menurut sumber yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan

" kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan.  setiap makanan mempunyai nilai kalori yang berbeza.  kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. "

Cara pengiraan nilai kalori makanan adalah:

1 gram karbohidrat = 4 kalori
1 gram protein = 4 kalori
1 gram lemak + 9 kalori

kepada yang ingin menurunkan berat badan dengan kaedah yang selamat tanpa mengambil sebarang produk perlangsingan, pengetahuan mengenai pengambilan kalori seharian adalah penting supaya tidak tersalah diet yang mungkin akan memudaratkan kesihatan kita pulak.


sekian, wassalam...





Wednesday, 23 September 2015

bunga kat meja solek

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal meja solek dalam bilik tidur utama pulak.


inilah pemandangan asal meja solek saya.  simple aje kan. dengan sedikit perubahan jadilah macam gambar kat bawah ni.


perasan tak perubahannya???

inilah meja solek saya setelah ditukar bunga hiasan. (ala tukar bunga aje pun nak kecoh...)
comel aje kan.
kalau u'll tengok atas meja ni 'clear' aje. nak tahu kenapa?
sebabnya kat belakang cermin tu ada ruang simpanan.
segala alat2 solek saya semua sorok kat situ...
saya memang tak suka banyak barang atas meja.
kalau boleh semua nak sorok supaya nampak kemas

cermin bulat tu saya guna untuk belek muka.
tapi rasa macam semak pulak..
mungkin boleh letak kat tempat lain kot.
dah memang jadi habit saya suka belek muka akt cermin.
atas meja ofis pun ada cermin.
tapi sebab pernah kena perli dgn ofismate saya simpan cermin tu dalam laci...
hihihi

jenuh jugak saya nak cari sudut yang sesuai untuk snap gambar.
lepas snap aje mesti nampak muka saya kat dalam gambar tu.
kesudahannya inilah hasil yang berjaya dirakam...

sebelah meja solek tu adalah mesin massage.
 mesin tu saya dapat free masa beli  Gintell Fitness Elliptical bike.
boleh baca dalam entry di sini.
buat masa ni kalau nak guna dikeluarkan dari kotak,
lepas guna masuk balik dalam kotak.

macam mana saya susun segala alat2 solek saya dalam almari tu nanti saya cerita dalam entry yang lain pulak ye...

sekian, wassalam..

Tuesday, 22 September 2015

Aktiviti mewarna batik sempena Festival Waterfront dan Regatta di Water Front, Kuching

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas saya terpaksa membawa azim ke klinik semula sebab pipinya bengkak.
sehari sebelum tu saya bawa azim ke klinik untuk cabut gigi gerahamnya sebab dia asyik mengadu sakit gigi.

semasa pergi melalui susur keluar dari plaza merdeka, jalan yang biasanya 'clear' jadi jem.
rupa2nya ada festival kat situ.
petang tu selepas latihan TWD budak2 tu pun ajak jalan2 kat situ.
sebelum tu saya tanya dulu kat Azim sama ada dia ok ke tidak.  dia kata ok. boleh jalan2.
bila dia kata ok, saya pun bawa lah budak2 tu.

kebetulan sehari sebelum tu hujan turun dengan lebatnya.
jerebu pun dah berkurangan.
alhamdulillah, pagi Sabtu tu cuaca cerah.
Gunung Serapi pun boleh nampak dari rumah..

memang banyak gerai2 jualan kat situ.  sesak dengan orang ramai.
tiba kat satu booth ni adalah aktiviti mewarna batik
budak2 tu apa lagi eksited lah nak mewarna.

nak mewarna batik ni sebeanrnya kena pandai menggabung warna.
jom kita tengok akti budak2 ni mewarna....


 


 



 



 


 


 

mama diorang pun nak jugak menyelit ambik gambar... hihihi..

sekian, wassalam....

Monday, 21 September 2015

cadar baru dalam bilik tidur utama

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

entry kali ini nak cerita pasal pembelian  cadar patchwork secara online.
kepada yang berminat nak beli cadar jenis ini boleh beli kat sini.
sejak dua menjak ni saya kerap terjebak dengan pembelian online.. hihihi

inilah cadar yang menjadi pilihan hati saya.

cadar ni adalah jenis 100% cotton dan ia datang dengan
4 pcs sarung bantal
1 pcs bantal peluk
1 pcs cadar



gambar di bawah adalah gambar sebelum tukar cadar baru.  masih elok lagi walaupun dan 2 tahun digunakan...


inilah rupa cadar baru saya lepas siap dipasang.  cantik di mata saya.  kelebihan cadar jenis ini, ianya terletak cantik aje dan tidak berkedut2.  bila bangun pagi cuma perlu kemas dan susun bantal aje dah kemas.



next entry saya nak cerita dekorasi bilik tidur utama ni pulak ye..

sekian..



Thursday, 17 September 2015

berakhir sudah jasanya

assalamualaikum semua

setelah 2 tahun menggunakannya akhirnya pada  isnin lepas (14 september 2015) setelah seminggu tidak dapat berfungsi, saya kena merelakan ianya diganti baru..

warranty pun dah habis. terpaksalah mengeluarkan budget tambahan untuk memastikan talian telefon di rumah dapat berfungsi semula dengan baik...


inilah telefon cordless yang sudah 2 tahun berkhidmat dengan keluarga saya.  warna hitam. sama warna dengan rak sudut tu.  setelah saya bawa ke telekom, technician kat telekom tu memaklumkan bahawa telefon ini dah rosak. terpaksalah diganti baru... sob.. sob... sob....


kat Telekom tu cuma ada 1 aje telefon cordless. yang lain semua jenis yang pakai wayar tu.. kalau nak murah boleh aje ambil yang pakai wayar. tapi disebabkan dah selesa guna yang cordless beli jugaklah walaupun terpaksa membayar 2 kali harganya berbanding yang berwayar tu...  saya tanya kalau2 ada yang warna hitam. tak ada pulak... yang ada warna putih.. huhuhu..


bila dah siap pasang nampak ok jugak kan??  jadilah.. asalkan boleh berfungsi semula, saya dah puas hati.  walaupun handphone saya memang ada pakej data, saya tetap nak guna juga streamyx sebab kadar kelajuannya yang berbeza. kalau kat rumah automatik saya guna wifi. lagipun boleh digunakan oleh ramai penghuni dalam rumah ni. maklumlah sekarang ni dah moden. masing2 ada handphone sendiri termasukkan anak saya yang paling kecik yang umur 10 tahun tu...

sekian.. wassalam.

Tuesday, 15 September 2015

go shop - akhirnya terjebak jugak..

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pulak pasal pembelian secara online.
sebelum ini saya memang pernah beli kat lazada, atie aku bukan bidadari, dan sebagainya.
setakat ni alhamdulillah barang2 yang dibeli sampai dengan selamat..

hari sabtu lepas entah macam mana boleh terbukak chanel 118 astro go shop.
sekali bukak terpikat pulak dengan iklannya.
sebelum ni anak2 saya pernah buka dan tunjuk kat saya barang2 yang diiklankan kat situ tapi saya buat tak reti aje..
kurang berminat.
budak2 tu siap merajuk lagi sebab mama diorang malas nak layan.

so saya cubalah untuk call dan buat pembelian.
selepas buat pembelian sebenarnya kita boleh terus register kat laman web tu tapi dah banyak kali cuba tak boleh2..

saya buat pembelian pada hari sabtu dan hari isnin semalam saya dah dapat barang tu.. (masa call diaorg kata dalam 8 hari barang sampai)
saya beli strom color diamond fry pan set.
harga di go shop RM149.
tapi disebabkan saya tinggal di Sarawak adalah kos penghantarannya...





pagi tadi saya dah rasmikan pan ni.
tapi sebab kalut nak siapkan breakfast anak2 lupa pulak saya nak snap gambo.
alhamdulilah pan ini x melekat dan boleh guna sudip steel aje. tak risau calar.
anak2 saya suka telur goreng tanpa minyak..
tapi pagi tadi saya buat crepe  (lempeng bahasa ibundanya.. hahaha) aje.. inti sosej tumis..

sebelum ni saya ada beli non stick pan.
kelemahannya apabila pan tu calar aje, terus jadi melekat.
lepas tu kena pakai senduk/sudip kayu atau plastik supaya tidak calar...
kadang2 kena tulang ikan pun calar.
memang susah menjaga non stick pan ni. harga pun mahal bebenor..

lepas ni jangan terkejut pulak kalau ada lagi entry pembelian barang di go shop....

sekian, wassalam..



Monday, 14 September 2015

bunga RJ di halaman rumah

assalamualaikum semua..


inilah bunga ros jepun (RJ) yang sedang subur di halaman rumah.  dulu pernah tanam kat tanah. tak menjadi. mati kena makan dengan sibut ba**... 2 kali saya cuba tanam di tempat yang sama... semuanya mati.  dahlah ambik benih dari rumah emak kat klang.  benih kali ke3 ni saya tanam kat dalam tayar pulak... alhamdulillah hidup dengan suburnya....



pandangan dari sudut lain pulak....


pendek aje entry kali ini... untuk cuci mata je..

sekian. wassalam

Wednesday, 9 September 2015

menu sarapan

assalamualaikum semua

tetiba malam tadi terlebih rajin pulak nak buat donut untuk sarapan pagi tadi.  sebenarnya nak membuat donut ni tak lah susah sangat terutama sekali dengan bantuan BM kesayangan aku.  untuk makluman semua aku guna tepung donut  ready made aje. cuma perlu masukkan air dengan yis ke dalam BM.  biarkan mesin tu mengadun selama 1 1/2 jam.  sementara menunggu tu bolehlah aku buat kerja lain. macam semalam aku lipat baju bebudak tu...


 ini lah hasilnya..


yang ini dibuat malam tadi. herot2 ko.  izah yang tolong susun dalam dulang.  dia main hentam aje.  itu yang rupanya jadi macam ni. tapi tak apa lah.. nak makan sendiri aje... yang penting rasanya.  lepas tu aku biarkan semalaman dalam suhu bilik.  aku tutup guna tudung saji aje di atas meja. takkan lah nak biarkan terdedah pulak kan???



pagi tadi aku bangun aje terus lah menggoreng...

inilah rupanya selepas digoreng..

aku kan jenis cepat dan nak mudah aje. so..beli aje gula icing ini untuk ditaburkan atas donut yang sudah digoreng tadi..


dah pun siap untuk dimakan dan dibawa bekal untuk anak2ku... bebudak ni memang suka dengan donut tabur dengan gula ni. nak celup dengan coklat bebagai tunggu hujung minggu aje. tak sempat nak hias segala... ini pun dah cukup...  korang  pulak sarapan apa hari ni?

semoga berjumpa lagi... wasalam





pop corn (homemade)


assalamualaikum....

siapa suka makan pop corn???
biasanya kita boleh beli kat pasar malam, shopping compleks dan kat pintu masuk wayang gambar
macam dah jadi trend pulak kan bila menonton movie  nak kunyah pop corn....
feeling ala2 mat saleh celup gitu...

ini lah rupa pop corn utk sesiapa yang tak kenal...




entry kali ini saya nak tunjukkan cara2 membuat pop corn yang senang sangat...

mula2 kita perlukan pop corn seeds.  saya beli jenis ini aje kat pasaraya..
satu bungkus ni boleh buat 3 kali...



mula2 tuangkan minyak masak ke dalam kuali.. agak2 lah ye... kalau nak letak butter pun boleh tapi mesti campur dengan minyak masak.. sebabnya takat didih butter dengan takat didih minyak berbeza. (macam cikgu sains pulak)  kalau guna butter aje, bertih jagung tu belum sempat meletup, butter dah hangus...

untuk tengok minyak dah panas atau tidak, letakkan beberapa biji jagung ke dalam kuali.. macam gambar kat bawah ye..



bila jagung tu dah mula pop, tandanya minyak tu dah cukup panas.  tuangkan segenggam jagung ke dalam kuali kemudian cepat2 tutup.  gambar jagung sebelum pop x sempat nak snap. kalau sibuk nak snap jugak alamatnya anak2 saya akan bergembira bermain 'snow' kat dapur tu...

diingatkan sepanjang proses pop tu jangan sesekali buka penutup kuali ye.... kalau tak alamatnya u ll semua akan dihujani dengan tembakan peluru bertih jagung..... hahaha..



jagung akan meletup di dalam kuali tu.. bila dah berhenti meletup, matikan api dan bolehlah tuang ke dalam bekas.



untuk buat sirap gula pula , gunakan kuali tadi dan tuangkan 3 sudu besar gula. kacau sampai cair.  lepas tu masukkan 2 susu besar butter, kacau sampai butter cair dan slowkan api.

masukkan pop corn tadi ke dalam kuali. kacau sebati dan matikan api.

biarkan pop corn tu sejuk sekejap ( anggaran 2 hingga 3 minit).  pop corn tu akan jadi rangup.

bolehlah dinikmati...



inilah rupa pop corn tu.. minta maaf gambo gelap.. maklumlah hp murah...

sekian, selamat mencuba.........
wassalam

Monday, 7 September 2015

cara nak kekalkan kesegaran sayur yang disimpan dalam peti sejuk

assalamualaikum semua..

tip ini saya dapt daripada FB.  dah lama tip ini tersimpan dalam draf.
so hari ini saya nak kongsikan..
semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua..
sumbernya saya terlupa nak ambil.
minta ampun banyak2 kepada tuan punya tip ini sebab x letakkan sumber...
tujuan saya nak berkongsi dengan pembaca blog ini sahaja....




Mula2 kita keluarkan semua sayuran daripada plastik dan rendamkan dulu sayuran lebih kurang 15-20 minit je. Bagi kotoran yg melekat pada sayur/buah tu senang tanggal. Lagi satu, untuk keluarkan racun yg masih melekat pada sayur/buah tu. Nak hilangkan terus racun memang x boleh kot😖. Kecuali tanaman yg x gunakan racun serangga.




Lepas rendam, tos sayuran tersebut dan simpan dalam bekas kedap udara / bertutup. Sy simpan dalam bekas besar ni terus. Jimat ruang peti ais sy yg comel tu. Hihi.



Dah boleh simpan dalam peti. Sebelum2 ni sy simpan sayur n buah yg masih dalam plastik, kat tempat sayuran bawah sekali tu. Tapi selalunya cepat layu.. bila dah layu or rosak, dah x sesuai dimakan. Kan pembaziran namanya tu bila lastly buang.

P/s: Baru la nampak kemas dan tersusun peti comel sy ni. Hihi. Senang nak cari apa2 barang yg kita simpan.





Nampak x sayuran ni masih segar, x layu pun walau dah hampir 4 hari dalam peti ais!

Kuantiti haruslah berkurangkan sebab kami makan sayur hari2.. hihi.

Pada yang nak sayur dia tahan lama, boleh cuba cara ni ye. Sayur kekal segar berhari2. 

P/s: Kalau sayur yg cepat rosak, kena simpan dalam bekas berasingan, sebab boleh effect kat sayur lain yg masih segar.. cth: tomato, timun yg dh berpotong,...


selain daripada itu adalah lebih selamat jika kita keluarkan isi dalam tin (cth susu) dan simpan dalam bekas kedap udara yg lain. Tin boleh menyebabkan karat, terutamanya tin yg sudah dibuka.

sekian....

Thursday, 3 September 2015

aiskrim oreo (homemade)

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

entry kali ini nak kongsi resepi aiskrim yang sangat mudah.
bahan2 yang digunakan pun senang nak dapat.
jom tengok cara-caranya...........

bahan2
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalate (kalau tak nak letak pun boleh)
1 peket biskut oreo



mula-mula kita pecah2 kan biskut oreo macam gambar kat bawah ni.. krim oreo tu jangan dibuang.  letak aje sekali..



lepas tu bolehlah kisar guna blender kering.  kalau nak tumbuk pun boleh jugak.. nanti jadilah macam rupa kat bawah ni..



masukkan susu cair, susu pekat, ovalate, telur, esen vanila ke dalam blender dan kisar hingga sebati dan nampak ringan.  kalau nak guna mixer pun boleh. tapi kalau guna mixer kena pukul 15 minit.



lepas tu masukkan ke dalam tupperware dan tuangkan bikut oreo yang telah dikisar tadi.



kacau dengan menggunakan sudu sahaja. lepas tu tutup dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.





biarkan aiskrim selama 1 1/2 jam (separa beku) kemudian keluarkan dan pukul lagi. tujuannya adalah untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang lebih halus. kemudian bekukan semula sehingga keras.. ini bergantung kepada peti sejuk anda ye... macam saya, saya buat waktu pagi.  malam baru bebudak makan. tapi sepanjang tempoh tu, peti sejuk tu asyik kena buka aje sebab budak2 dah tak sabar...



bila aiskrim dah beku bolehlah dikeluarkan. gunakan scoop aiskrim dan boleh dihias dengan coklat rice atau apa saja yang sesuai sebagai penyeri aiskrim... begini lah rupanya.. bebudak suka sangat sebab tekstur aiskrim tu sama halus macam yang dibeli kat kedai.....


selamat mencuba...


sekian, wassalam...

like