Friday, 30 October 2015

Akhirnya...destop dan printer baru

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

untuk pengetahuan korang, destop kat rumah saya ni dah berusia hampir 7 tahun.
saya beli masa belajar master dulu.. tahun 2008 kalau tak salah saya beli PC ni..
lama dah kan usianya.
monitor pun dah bertukar. tapi destopnya masih saya guna lagi.
lebih kurang 6 bulan jugak lah destop saya terbengkalai.
tak boleh nak on.
saya tak taulah sama ada harddisk rosak atau kena format balik.
malas saya nak fikir sebenarnya.
tapi iyalah... saya sayangkan gambar2 kenangan yang ada dalam tu aje..

anak saya Izah selalu kena buat kerja sekolah guna komputer.
disebabkan PC kat rumah bermasalah, selalu jugak lah dia saya bawa ke ofis untuk cari maklumat dan tumpang print. (printer saya pun rosak jugak... huhuhuhu)
kesian dia...
padahal kat rumah memang ada stremyx. rasa membazir pulak bila tak digunakan
tiap2 bulan bayar bil...

akhirnya pada hari minggu yang lepas saya pun jengahlah ke kedai komputer.
pada mulanya saya nak survey aje, tapi bila tengok harganya agak berbaloi saya terus sambar aje.
kebetulan beli destop ini dapat beli printer dengan harga murah...
saya pun malas nak fikir panjang. memang perlu pun..



sempat saya snap gambar seketul masa kat kedai.. hihihi. yang atas sekali tu laptop baru.. hihihi. nanti sy cerita kat entry lain ye..  yang dari atas nombor dua tu printer baru dan yang bawah sekali lah destopnya...



inilah rupanya masa dalam kotak. kelebihan destop jenis ini dia ada built in wifi receiver (betul ke term nya? hentam aje lah. asalkan u ll paham). maknanya tak payah nak cucuk wifi punya kat usb port tu... bila beli destop ni dia datang sekali dengan mouse, speaker dan keybord


inilah rupanya setelah dipasang. comel aje. saya suka. jimat space.  speaker saya masih pakai yang lama. speaker yang baru tu saya simpan dulu.  nanti2 lah saya fikir nak guna kat mana.


inilah gambaran penuh keseluruhan meja saya.  printer tu kaler putih pulak.  yang lain semuanya kaler hitam. tak kisahlah asalkan boleh guna jadilah.  lepas ni Izah dah senang nak buat kerja sekolah. tak payah nak merengek datang ofis mama dia kalau ada tugasan yang memerlukan dia guna internet dan print.

buat masa  sekarang printer lama dengan destop lama saya biarkan tersadai kat tepi dinding tu.  saya kena fikirkan cara nak melupuskannya.  kalau tak silap saya tak boleh buang sebarangan kat tong sampah..

sila abaikan habuk yang melekat kat atas tu.. dah hampir 6 bulan terperuk kat situ. jadi secara automatiknya habuk pun banyak. saya pulak terlebih rajin nak bersihkan. tahu lah dah rosak... diabaikan terus jadinya... huhuhu.



sekian, wassalam...

Thursday, 29 October 2015

keadaan tanaman

assalamualaikum semua

entry kali ini nak ceritakan perkembangan semasa tanaman edible garden yang terletak di tepi rumah.

dulu saya pernah post di sinisini dan sini tanaman yang ada.
tanaman yang saya tanam tu adalah jenis tanaman yang jenis bermusim.
bila masa berlalu sebahagian daripada tanaman itu pun habis jangka hayatnya...

buat masa sekarang, inilah yang tinggal


pokok cili. yang ini generasi lain.  yang hari tu dah mati.  pokok cili yang saya semai pulak tak hidup. (kena baja dengan tahi kucing. sob. sob. sob). kebetulan saya pergi pasar. jumpa lah pokok cili ini. nampak  menarik aje, terus saya sambar... untuk mengelakkan kucing membuang kat situ, saya letak lah batu keliling pokok tu.  harap2 pokok ini dapt hidup dengan subur...


 

dalam banyak2 biji benah yang saya semai, hanya pokok betik ini sahaja yang hidup.. syukur alhamdulillah. ada jugaklah yang survive daripada baja tahi kucing tu.. huhuhu.  benih betik ni macam yang saya pernah cerita sebelum ini, saya beli online aje.  ini betik sekaki... dikatakan bila tingginya sekaki dah mengeluarkan buah.  kita tunggu ye..

 masa saya pergi ke pasar tu, memang tujuan saya nak cari pokok mulbery ni.  dulu saya pernah tanah tapi dalam pasu.  akibat kena serangan semut, pokok tu dipenuhi keputihan dan mati.  maknanya ini percubaan ke2.  kita tengok lah nanti




inilah pemandangan keseluruhan kawasan yang saya jadikan sebagai kawasan tanaman edible garden saya.. tak luas pun. tapi cukuplah untuk kegunaan saya sekeluarga.

pokok-pokok yang saya cerita dalam entry sebelum ini yang masih ada lagi adalah pokok daun kesum, pokok pandan, pokok daun limau purut dan pokok kari...

ini poko lidah mak mertua yang saya baru tanam. cadangan asal nak letak kat dalam rumah. tapi kena tunggu stabil sikit.


inilah sebahagian pokok bunga yang ada kat bahagian hadapan tepi rumah saya.  tak banyak pun..  buat masa sekarang saya biarkan aje macam ini. tak terfikir nak tambah pokok bunga lain...

sekian, wassalam..

Wednesday, 28 October 2015

mesin laminate idaman

assalamualaikum dan selamt sejahtera semua

entry kali ini nak cerita pasal ruang SOHO comel kat rumah ini.
sebenarnya dah lama berangan2 nak beli. tapi belum sampai seru.
masa saya pergi kedai buku Popular baru2 ini entah macam mana akhirnya terbeli jugak...


inilah bendanya. mesin laminate yang dah lama saya teringin nak beli. minta ampun sangat2.  masa ambil gambar tu tak perasan pulak gelap. al maklumlah... camera murah. asal jadi aje... masa ambil gambar ni waktu malam... hahaha..



kalau dah beli mesinnya, plastik laminate pun kenalah beli jugak.
balik aje kat rumah terus mencuba dengan semangatnya.  beberapa keping poster yang memang dah siap2 print menunggu untuk di laminate kan...




inilah hasilnya....
nanti sya buat entry di mana saya akan tunjukkan kat mana saya tampal semua poster2 ini ye..


sekian.. wassalam.

Tuesday, 27 October 2015

sup cendawan homemade

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua


entry kali ini saya nak kongsi macam mana nak buat sup cendawan yang biasa kita makan kat kedai.
sebenarnya tak susah sangat pun nak buat sup cendawan ni.
bahan2 yang digunakan pun simple aje.
anak bujang kecik saya memang suka betul dengan sup cendawan.

jom kita jengah bagaimana nak buat sup ini.

bahan-bahan
1 paket cendawan segar
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu tepung gandum
2 sudu butter
2 sudu minyak masak
1 tin susu cair
1 tin cendawan (dicincang halus)
2 cawan air
1 ketul kiub pati ayam

cara membuatnya.

1.  bersihkan cendawan segar dan toskan. kemudian hiris bawang besar dan bawang putih.




2. panaskan minyak dan butter. kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris tadi hingga naik bau wanginya.  kemudian masukkan cendawan segar tadi dan tumis hingga cendawan tadi layu.



3.  setelah cendawan tu masak masukkan tepung gandum. kacau hingga rata.  selepas itu masukkan susu cair.  biarkan sebentar hingga susu cair mendidih. kemudian matikan api.




4.  masukkan ke dalam blender dan kisar hingga semua bahan tadi hancur.


5.  keluarkan cendawan dalam tin dan cincanglah hingga halus.  gambar cendawan yang dah halus lupa nak snap. hihihi



6.  setelah itu masukkan semula bahan yang telah dikisar semula ke dalam kuali. masukkan cendawan yang dicincang halus tadi. masa ini sup ini nampak pekat. tambahkan 2 cawan air dan kiub ayam.  biarkan hingga mendidih. kalau nak tambah ayam cincang pun boleh juga.



7.  angkat sup tadi dan bolehlah dihidangkan.  kalau rasa sup ini banyak bolehlah dimasukkan dalam tupperware disimpan ke dalam freezer. kalau nak guna cuma keluarkan dan panaskan sahaja.



nota:  sup ini amat sedap dimakan bersama roti dan pizza

selamat mencuba...
wassalam.

Friday, 23 October 2015

island segera di dapur

assalamualaikum semua

entry kali ini nak tunjuk (macam riak la pulak) sedikit perubahan pada dapur di rumah comel ini.
sebenarnya saya memang berangan2 nak memiliki dapur yang ada island.
tapi memandangkan ruang yang comel, keinginan terpaksa dilupakan.
namun begitu saya gigih jugak berfikir macam mana nak merealisasikan impian tu.
setelah jenuh memerah otak, google merata2 tapi tak jumpa jugak idea yang bersesuaian.
sesetengah idea yang ditunjukkan memerlukan kos yang tinggi.. sob.. sob.. sob...

tujuan saya nak ada island ini adalah untuk memudahkan kerja2 di dapur dan sebagai ruang untuk sarapan pagi.
tapi kalau saya buat jugak island yang bersaiz 2 kaki lebar tu memang sesaklah dapur.
lagipun kalau boleh saya tak mahu island yang fix.
kalau boleh nak island yang kalau rasa nak diubah, boleh ubah.
kalau boleh nak yang simple.
kalau boleh nak yang murah.
kalau boleh.........
hihihi.. banyak betul 'kalau boleh' nya

dan akhirnya.......
inilah hasilnya.





Entah macam mana timbul pulak idea saya untuk membeli meja ini.
meja konsol yang biasanya orang letak kat ruang tamu akhirnya menjadi island di dapur saya.
meja ini tak lebar sangat. sesuai sangat untuk diletakkan di ruang yang sempit.
saya beli stool 3 biji dan letak kat bawah meja tu.


pemandangan dari sudut lain pulak.

setakat ini saya berpuashati dengan kewujudan island segera ini.
di samping sebagai kaunter sarapan, ia juga berfungsi sebagai tempat saya nak  buat kerja mengguli tepung, menyediakan bahan2 masakan dan sebagainya.
sebelum ini kami bersarapan di ruang makan utama.
setakat minum air secawan dan makan roti seketul macam tak sesuai aje guna kat ruang makan yang berkerusi lapan tu.
lepas tu jauh sikit dari dapur. leceh.
saya kalau boleh nak semua ada kat sebelah kiri, kanan, hadapan dan belakang saya.
ia lah masa itu penting.
semenjak ada meja ini memang mudah. lepas saya sediakan sarapan, pusing belakang dan letak aje kat atas meja ini.
lepas tu sediakan minuman panas. nak kemas pun senang sebab dekat dengan sinki.

meja comel setelah dihias dengan mug.

kos untuk menghasilkan island segera ini memang dalam budget saya.
sebenarnya masa saya survey harga meja ini ada banyak jenis.
meja yang berharga RM 1++ pun ada tapi materialnya macam bukan jenis yang tahan lama.
ada satu yang saya berkenan pulak kaler putih. (memang lari konsep lah).
kesudahannya saya beli material kayu yang berharga RM2++ dan berwarna dark brown. (sebenarnya saya cari hitam tapi tak jumpa)
stool pun saya beli kebetulan tengah sale. dapat murah sikit.
sebenarnya saya nak beli stool warna oren. konon2 nak matchingkan dengan kabinet oren.
tapi tak jumpa. yang ada pun mahal sangat..
dengan kos lebih kurang RM300 impian saya untuk ada island ini pun tercapai...
alhamdulillah...

anak2 pun suka guna ruang ini.
setakat nak makan yang simple2 memang sesuai lah.

so..kepada sesiapa yang sedang mencari idea buat island dengan kos yang rendah dan tak memerlukan ruang yang besar bolehlah guna idea ini..

inilah rupanya bila dah letak makanan. gambar ini adalah breakfast anak2 semalam. stove pizza dan air milo... simple aje.

sekian, wassalam

Tuesday, 20 October 2015

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

assalamualaikum semua..

kalau ada yang berminat nak join boleh klik link di bawah ini.



marilah kita bersama-sama merapatkan hubungan silaturrahim sesama blogger.  lagi ramai, lagi meriah..

wassalam


Tuesday, 13 October 2015

susunan dalam peti sejuk terkini

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal perkembangan terkini organizing peti sejuk comel saya.

semalam saya saya sudak memborong bakul yang dah sekian lama menjadi idaman tetapi terpaksa ditangguhkan niat tu sebab harganya agak mahal. RM6 sebiji.  gulp..
entah macam mana semalam saya boleh pulak tergerak nak pergi semula ke tempat tu.
pada asalnya saya nak beli beras aje kat tingkat bawah, tp nak dijadikan cerita waktu nak keluar hujan turun dengan lebatnya.
terpaksalah tangguhkan niat.
daripada terconggok kat depan pintu masuk tu saya pun naiklah ke tingkat atas untuk cuci2 mata. taklah bosan sangat.
sekali naik aje terus terruja sebab tengah sale sampai 70%... yes! yes!
bakul idaman tu less 70%.  harganya selepas diskaun dan sebab saya ada kad keahlian menjadi RM1.89.
apalagi saya terus ambil bakul tersebut tanpa fikir panjang 8 bijik sekali ambil.
malangnya warna putih ada 3 unit aje.
saya pun ambillah warna hijau 5 biji. itu aje yang ada.. (sambil tu dok fikir sesuai ke kaler hijau tu. tak pa murah punya pasal).


inilah bakul idaman yang dah lama berangan nak beli.  saya suka sebab ada pemegang. senang nak ambil dari peti sejuk




inilah rupanya selepas bakul tadi diletakkan.  minta maaf ye gambar sebelum lupa nak snap. malangnya pada rak yang atas sekali saya tak boleh gunakan bakul tu sebabnya pintu peti sejuk tak dapat ditutup.. huhuhu. terpaksalah kekalkan bakul yang ada.... nasib baik warna putih jugak..


ini pulak pemandangan keseluruhan peti sejuk saya.  kat pintu atas tu ada white board saiz A4 yang biasa saya gunakan untuk tulis apa2 barang dapur yang dah tinggal sikit atau dah habis. senang.

sekian untuk cerita organizing saya kali ini.

wassalam

Friday, 9 October 2015

pizza menggunakan frying pan

assalamualaikum semua



entry kali ini saya nak tunjukkan macam mana saya membuat pizza dengan menggunakan diamond frying pan yang saya beli secara online melalui go shop.
boleh tengok dalam entry saya di sini

cara buat pizza ini saya dapat melalui kawan
biasa dah saya nampak resepi ni dalam FB.
tapi tak tergerak hati nak mencuba.
sampailah satu hari kawan saya bawa masa kami pergi swimming pool.
bila saya rasa terus teragak nak buat.
saya terus minta resepi dan ke esokkan harinya saya pun buat.
memang menjadi.
anak2 saya memang suka makan pizza.
disebabkan pizza ini sangat mudah, saya  buat pada waktu pagi untuk breakfast dan bekal anak2.
memang cepat dan tidak mengecewakan lah.
iyalah sebelum ini kalau nak buat pizza leceh nak menyediakan dohnya.
itu yang jarang2 saya buat.
nasib baik saya ada bread maker yang membantu saya menyediakan doh.

panjang pulak intro nya, jom tengok macam mana nak buat pizza ni...

untuk doh

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan air suam
1 sudu besar yis kering
1 sudu besar madu
sedikit garam.

untuk topping (yang ini ikut aap yang ada kat dapur ye)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar tuna ayam (saya guna jenama ayam brand)
1 sudu besar maiyonise
1 sosej

cara membuatnya 



mula2 masukkan semua bahan doh ke dalam frying pan.



kacau bahan2 tersebut dengan menggunakan sudu hingga sebati. rupanya macam nak buat cekodok tu..



bila dah sebati ratakan mengikut saiz pan tu. lepas tu bolehlah letakkan sos cili dan sos tomato.  kemudian letakkan topping mengikut kreativiti masing2.  kalau nak hasil lebih cantik lagi untuk bahagian doh tu bolehlah rehatkan sebentar selama 5 minit untuk kasi doh tu mengembang.



tutup pan dan nyalakan api. gunakan api kecil sahaja sepanjang tempoh memasak pizza ini.  lebih kurang 10 minit aje.  tip nak tahu pizza dah masak atau belum boleh tengok pada tepi pan. kalau nampak dah warna coklat, bolehlah matikan api..


inilah rupa pizza yang dah siap.  yang ini kali pertama saya buat.  toppingnya tuna aje.. (masa ni nak cuba aje)


angkat dan letakkan dalam pinggan. lepas tu potong ikut saiz yang dikehendaki..



yang ini pizza yang saya buat untuk kali yang ke banyak (saya dah tak ingat).  topping pizza ini memang saya main letak apa yang ada kat dapur aje...


inilah rupa pizza yang dah dipotong.  biasanya saya akan potong 8 keping. setiap seorang akan dapat 2 keping termasuk 2 keping untuk saya.  kalau Wani dan Azim ada kafa saya bagi aje bahagian saya pada mereka untuk mereka bawa bekal.

sesiapa yang ada anak suka makan pizza boleh lah cuba resepi ini.

sekian, wassalam

penghuni baru di rumah comel kami

assalamualaikum semua

entry kali ini nak bercerita pasal kejadian pagi tadi..
seperti biasa anak2 saya selepas siap dan bersarapan, mereka akan buka pagar rumah.
masa nak bukak tu saya perasan ada sesuatu di depan pagar rumah.



ini lah yang saya katakan sesuatu tu.  saya rasa pelik sebab malam tadi memanglah saya ada minta azim dgn wani buang sampah. tapi rasanya tak ada pulak suruh budak2 ni buang apa2 kotak.  saya pun suruhlah diorg tegok apa ada dalam kotak tu..


bila diorang dah jenguk kotak tu terus diorg panggil saya suruh saya datang...


rupa2nya ini lah isi dalam kotak itu.  ibu kucing dengan 3 ekor anaknya...
nasib baik kucing.  kalau baby mahunya saya terkejut beruk....
budak2 ni apa lagi eksited lah nak bela kucing ni...
ibu kucing tu macam pasrah aje.
kesian saya tengok.

sebenarnya saya bukan lah tak mahu kucing ni..
tapi memandangkan yang dah ada ni pun macam tak terbela.

papas tu memanglah saya dah mandulkan.
tapi yang telu tu masih beranak lagi. yang terkini ada 5 ekor anaknya.
masih duk dalam kandang lagi pasal anak2nya masih kecil lagi...
bila tambah yang ini memang makin meriah lah penghuni dalam rumah ni..
masalah bila kucing terlalu banyak adalah najis dia.
saya bukanlah orang yang rajin sangat nak bersihkan najis kucing2 tu.
sebab tu saya lepaskan aje kucing2 tu kat area rumah.
jadinya port kucing2 berak memang merata lah.
ada kat pasir, kat kawasan berumput depan rumah, dsb.
bila banyak sangat kucing mulalah bau najis kucing.
itu yang saya tak suka.

untuk jangka masa terdekat ini saya bela lah dulu..
tak sampai hati pulak saya.
esok2 bila dah besar saya sedekah ajelah kat sapa2 yang minat dengan kucing..

maknanya kucing yang ada dalam belaan saya sekarang ni ada12 ekor semuanya.. gulp..
dah macam zoo kucing pulak..
tapi tak apalah.
mungkin ada hikmah disebaliknya.
mana kita tahu..
Allah dah gerakkan hati pemilik kucing ni letak kat rumah saya.
mungkin tuan punya kucing ni tahu kat rumah kita orang ada banyak kucing.
so dia berharap kita orang boleh lah jaga kucing2 ni.
iya lah.. daripada dia letak aje merata2 kat tempat lain.
silap2 kena makan anjing liar pulak..

bersangka baik aje lah...
kiranya org yang letak kucing kat depan rumah kita org ni adalah sifat terpuji jugak..
mungkin dia ada masalah nak bela kot.
atau mungkin dia atau ahli keluarga dia alah dengan bulu kucing kot...
tak kisah lah..

tadi saya bawa kotak tu masuk dan letak aje kat tepi pintu rumah sebab saya dah nak bergerak ke tempat kerja..
petang ni kita tengok lah apa yang terjadi seterusnya ye...


sekian, wassalam.

Monday, 5 October 2015

Tragedi : Pengajaran yang sangat berguna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Entry kali ini saya nak bercerita tentang kejadian tragis yang berlaku semalam.
saya katakan tragis sebab kejadian ini merupakan perkara yang paling ditakuti oleh seorang yang bergelar ibu.

anak adalah anugerah dari Allah yang sangat dinantikan oleh semua pasangan yang telah berkahwin.
tanpa mereka rumahtangga seolah2 tiada serinya.
ada juga yang sanggup mengambil anak angkat semata2 nak memastikan rumah tangga mereka ada penyeri.

semalam saya membawa anak2 mandi manda di swimming pool di area BDC Kuching.
seperti biasa saya akan mengajak kawan saya bersama 5 orang anaknya  untuk sama2 ke sana.
anak2 saya memang suka kalau saya ajak kawan saya tu sebab jadi meriah.
iya lah anak saya 3 orang dicampur dengan anak kawan saya 5 orang.
seronok diorang bila hari sabtu tu saya ckp nak bawak diorg swimming.

pada hari kejadian seperti mana yang dijanjikan jam 10 pagi saya pun bertolak dari rumah ke rumah kawan saya.
kemudian kami terus menuju ke tempat tersebut.
setelah membuat bayaran, budak2 tu pun mandi manda dengan seronoknya termasuk lah saya dan kawan saya sekali terjun dalam pool tu.
memang agak lama saya tak membawa mereka ke pool.
dah lama x swimming.
bila dah start sampai nak cramp kaki dibuatnya...
memang seronok betul.
apalagi bila melihat gelak ketawa anak2...

kami keluar dari pool tu lebih kurang jam 2.
lepas tu terus singgah ke masjid yang terletak bersebelah pool tersebut.




dan disinilah kejadian tragis itu bermula............

selepas solat saya terus ke kereta bersama anak2
disebabkan mereka semua dah kelaparan, saya terus start enjin kereta dan menuju ke everise yang terletak bersebelahan dengan masjid tu.
sampai ke situ lepas parking, kami terus bergerak ke eskalator.
semasa di eskalator.............. baru saya perasan Azim.
bila saya tanya Izah dan Wani diaorang pun cakap tak tahu.

saya terus menuju ke kereta kerana beranggapan Azim mungkin tertidur dalam kereta.
bila saya jenguk tak ada....
saya terus keluarkan Hp nak pesan kpd kawan saya untuk tolong jagakan sekejap Izah dan Wani sebab hati kecil saya merasakan Azim tertinggal di masjid tadi.
bila tengok HP ada 3 miss call dr no yang tidak dikenali dan 1 mesej.
saya terus buka mesej dan ayat yang bertulis....' kak anak akak azim ade kt masjid nie,,'
ya Allah.. saya terus start enjin dan menuju ke masjid.
sampai kat masjid saya nampak Azim tengah menangis dikelilingi beberapa orang.
salah seorg yang ada di situ dtg jumpa saya bagi tahu Azim nyaris dilanggar kereta sebab mengejar saya.

rupa2nya selepas solat zohor tadi azim pergi ke toilet.
Azim cakap dia ada bercakap dgn kakaknya tapi bila tanya kakak dua2 mengatakan mereka x dengar.

Azim biasanya duduk sit belakang sekali. memang tak nampak sangat.
biasanya kalau keluar ramai2, sebelum kereta bergerak saya akan panggil ke3 nama anak2 saya baru bergerak.
entah macam mana semalam saya boleh cuai..

Saya benar2 bersyukur kepada Allah kerana menjaga Azim dan dia selamat.
saya tak dapat bayangkan kalau semasa Azim mengejar saya dia dilanggar kereta.
memang saya akan menyesal seumur hidup lah akibat kecuaian sendiri.

kejadian ini memang menjadikan pengajaran yang amat berguna kepada saya.

Daripada pengalaman saya, beberapa panduan berguna yang boleh diamalkan oleh kita sebagai ibubapa antaranya:


  1. Pastikan kita kira bilangan ahli dalam kereta kita sebelum bergerak terutama bila melibatkan jumlah yang ramai.
  2. Pastikan anak2 kita hafal no tel bimbit kita.  ini penting untuk memudahkan pihak yang cuba membantu untuk menghubungi kita. dalam kes saya anak2 saya semuanya memang hafal no telefon bimbit saya.
  3. Sekiranya berlaku kejadian tersebut, ingatkan kepada anak2 kita jangan panik.  cakap dengan dia yang kita sayang dengan mereka dan tak mungkin akan tinggalkan mereka di mana2. suruh mereka tunggu aje di situ dan jangan ikut sebarangan orang walaupun untuk ke balai polis. Azim memang panik waktu ini menyebabkan dia menjerit dan mengejar saya hingga nyaris2 dilanggar oleh kereta. nasib baik ada orang yang membantu dia...
  4. bila perasan anak hilang, berfikirlah dengan tenang dan jangan panik.  bila saya sedar azim tak ada saya terus fikir kali terakhir saya nampak dia. masa tu saya memang dengan tenang menuju ke kereta dan bila tengok dia x ada dalam kereta, saya sangat yakin yang Azim tertinggal di masjid... kalau lah saya panik waktu ini, memang sangat merbahaya lah sebab saya akan memandu dengan tergesa2 tanpa memperdulikan keselamatan diri... Alhamdulillah Allah tenangkan saya.
  5. akui kecuaian diri.  istikamah dan jangan lupa panjatkan kesyukuran kerana terselamat daripada tragedi ini.
  6. jangan lupa ucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita.  selepas saya bergerak, saya telah hantar mesej kepada org yang membantu saya.  hargai pertolongan orang.

kepada semua pembaca, kita sebagai ibubapa memang sedaya upaya menjaga anak2 kita dengan baik. tapi jika sesuatu musibah berlaku, kita kena cari kenapa kejadian ini berlaku.
Saya benar2 bersyukur kepada Allah yang mengembalikan semula anak saya kepangkuan saya selepas 'kehilangan' selama lebih kurang 15 minit...
Syukur sangat2..

semoga ianya menjadi pengajaran yang sangat berguna kepada saya.
ia juga turut menjadi pengajaran kepada anak2 saya.
semoga kejadian tragis ini tidak akan berlaku lagi kepada saya dan keturunan saya..
Aamiin...

muka budak yang tengah kelaparan setelah ditemui semula..... alhamdulillah... Allah masih beri saya peluang lagi untuk menjaganya....


sekian coretan saya pada hari ini. Wassalam...

like