Monday 4 January 2016

Langkawi 2015 (Part 3)

assalamualaikum semua

saya nak sambung lagi memori percutian kami sekeluarga di Pulau Langkawi ini..

26 Disember 2015

misi hari ini nak naik skycab ata lebih dikenali sebagai kabel car.  pagi2 lagi dah bersiap sebab target jam 7 pagi dah bergerak keluar dari homestay.  kalau tidak memang akan bersesak lah kat kaunter tiket tu.

sepertimana yang telah diduga. bila kami sampai dalam jam 7.30 pagi, ramai dah orang beratur untuk membeli tiket walaupun kaunter tiket belum dibuka lagi..

 
 kat depan kaunter tiket ni ada la pulak dinosur. sempat juga berposing.  inilah tarikah terbaru yang akan dibuat. tapi saya tak pasti bila akan dibuka.

 


pemandang di sekitar kaunter tiket.  adik lelaki saya bosan aje kena beratur panjang.



bila dah masuk dalam tu kami dibawa masuk ke sky dome dulu. kat sini pengunjung diberi pengalaman merasai secara maya menaiki roller coaster.  keluar dari skydome tu rasa berpinar2 kepala..
  

 dalam jam 9.30 pagi baru kami dapat naik sky cab tu.. panjang betul beratur.  maklumlah musim cuti berganda. ramai lah orang.









ini pemandangan dari atas. sangat mempersonakan.  bila sampai aje di Gunung Mat Cincang, kami disajikan dengan pemandangan yang cantik berserta tiupan angin yang amat nyaman.


antara tarikan terbaru di atas gunung ini adalah Skyglade.  untuk ke skybridge pengunjung diberi pilihan sama ada ingin berjalan kaki atau menaiki skyglide.  saya memilih untuk menaiki skyglide.



ini pemandangan di kawasan skybridge. di skybridge ini ada laluan kaca. sesiapa yang berani bolehlah memijak lantai kaca tersebut. orang yang gayat macam saya ni tidak la...





 





 

ini pula pemandangan yang sempat dirakam dalam skycab. waktu ni dah terang. so gambar nampak cantik lagi walaupun guna kamera hp aje..






sebaik sahaja turun dari Gunung Mat Cincang, kami terus pergi ke Jeti untuk manaiki bot ke Pulau Tuba untuk menghadiri majlis perkahwinan kenalan emak saya.




masa ni jam dah menunjukkan jam 3 petang. nak dijadikan cerita van yang kami naiki kehabisan minyak.  terpaksalah tunggu bantuan tiba.  sambil2 tu sempat lagi kami berposing kat ladang getah ni.. hahaha...


kami sampai kat rumah kenduri tu jam 5 petang.  apa lagi teruslah kami menjamu selera.  sambil2 tu sempat lagi berposing kat pelamin yang terletak di luar rumah..



 Sementara menunggu bot dari Pulau Tuba ke Jeti Langkawi sempat lagi kami berposing.  U all jangan tanya kenapa biasanya muka saya paling besar dalam kebanyakan gambar ye.. dah namanya selfie kan, orang yang pegang HP lah yang paling depan.. hahaha..








turun dari bot pun sempat berposing lagi kat tepi bot tu.. memang gila bergambar lah kami semua..




misi diteruskan untuk bershopping pulak.  kami terus menuju ke bangunan Haji Ismail Group untuk memulakan sesi menghabis kan duit..  anak2 sibuk membelek coklat, saya pulak sibuk membelek pinggan mangkuk.  memang dah ada target pun untuk menambah koleksi corelle ku.. hahaha.



bersambung lagi dalam entry seterusnya..

sekian, wassalam

Related article
langkawi part 1
Langkawi part 2



No comments: