Tuesday 16 February 2016

bila anak dilanda kerajinan.

assalamualaikum semua

saya sebenarnya agak cerewet orangnya..
kalau lipat baju mesti sama saiz dan disusun macam buku...
kalau menyapu lantai mesti tolak semua kerusi meja untuk pastikan segala kekotoran yang ada dibawah perabut itu turut dibersihkan.
kalau mop tu memang lambat lah saya buat. setiap inci lantai saya telek untuk pastikan lantai beanr2 bersih..

tapi bila anak dah semakin ramai
saya mula mengurangkan kadar kecerewetan itu.
sebabnya saya nampak anak2 jadi stress.
bersepah sikit saya dah bising.
mainan asyik letak kat kotak aje..
diaorg keluarkan sy marah.
tak mau rumah bersepah..

bila saya baca buku psikologi kanak2 baru tersedar beberapa kesilapan saya dalam mendidik anak2.
kena rajin mencari ilmu lah kan..

sekarang ni saya kawal rasa cerewet tu.
saya dah mula bagi tugas melipat baju masing2.
saya sediakan bakul yang ada tag nama.
setiap sorang akan bertanggungjwb dengan bakul masing2 dari lipat sampailah menyusun dalam almari diorg.
hasilnya anak2 jadi lebih bertanggungjwb.

lepas tu sebab tak mau penat sorang2 mengemas rumah, saya minta anak2 pun tolong bersihkan rumah juga.
sekurang2nya diorg rasa penatnya mengemas jadi nak menyepah tu akan lebih 'bersopan' lah.
tak ada lah terus tonggeng mainan satu bakul. nangis wooo.
sambil2 tu saya pantau dan bagi tunjuk ajar sikit2.


ini gambar yang sempat saya snap semasa Wani vacum carpet... dia x sedar pun masa ni sebab bunyi vacum kan bising.. hihihi

ini pulak Azim tengah lap habuk kat perabut..

sekian, wassalam.


No comments: