Monday, 1 February 2016

menanam semula ros jepun

assalamualaikum semua...

sebelum ini saya pernah masukkan entry pasal bunga ros jepun..

ini lah rupanya semasa tengah subur
bila dah lama jadi tak berbunga.  bila saya belek ada pulak sibut b*b* kat situ.  maknanya habis semua daun2 dah kena belasah dengan siput tu lah.. hari sabtu lepas sy pun cabut semua pokok RJ tu dan tanam semula.  disebabkan dan makin banyak, saya tambah sebiji lagi tayar.  begini lah keadaannya selepas tanam semula... harap2  pokok RJ saya ni dapat hidup semula dengan suburnya.

pokok RJ yang selebihnya saya tak tahu nak buat apa lagi.  saya longgokkan kat tepi halaman tu buat sementara waktu ni.  mungkin saya tanam aje kat situ sebagai tanaman hiasan dengan harapan tak kena kacau dengan siput b*b* lagi..


 sambil2 tu saya sempat lah membersihkan segala rumput rampai yang mula tumbuh dengan suburnya di halaman tepi tu.. dah siap nampaklah bersih sikit.


 
 bila halaamn tepi ni dah bersih, mulalah saya berangan nak tanam pokok sayur semula. nanti2 lah. pelan2 kayuh ye...


 inilah pokok sayur yang tinggal. sayur cekur manis. saya suka tumis, masak lemak atau masak bening aje... lagi2 kalau bubuh keledek. sedap betul. terasa manisnya daun itu..

sekian
wassalam...



like