Monday 15 February 2016

menukar tombol pintu

assalamualaikum semua..

sebenarnya dah lama tombol pintu ni rosak.
tapi macam biasa lah, semangat nak menukar tu belum sampai lagi.
sampailah semalam petang baru lah datang kerajinan.
sebenarnya tombol tu saya beli dah lama.
dah seminggu terletak aje kat lantai..
memang dasat kan??

inilah rupa tombol pintu yang dah jahanam tu.. (sila abaikan cat yang banyak tertanggal tu, saya bercadang nak pasang wall paper kat pintu tu)
puncanya saya terkunci dalam bilik sebab tombol pintu tu rosak.
masa tu tengah panik dan tak boleh berfikir dengan sempurna.
padahal boleh aje saya buka dari dalam kalau dapat berfikir dengan waras.. huhuhu..
tapi sebab nak senang ketuk aje dengan tukul.
habis berderai jadinya..



Sebenarnya nak tukar tombol pintu tak susah, tapi disebabkan jarang sangat buat menjadikan masa untuk menukarnya menjadi lama.
iya lah nak belek2 lagi, nak fahamkan arahan dalam kertas tu lagi, dll.
masa proses menukar ni sempat lah buat drama sebabak..
belum sempat test tombol dengan penyendal tu lagi, anak saya dengan yakinnya dah tutup pintu tu. dan kebetulan, penyendal tu tidak bercantum dengan sempurna dengan tombol.
apa lagi, terkunci lah saya 2 beranak dalam tu..
panik sekejap..
tapi sekejap aje.. bila dah tenang senang aje nak selesaikan..
ini lah tombol baru yang akan dipasang oleh saya.. itu semua datang dalam satu plastik. kiranya 1 set lah.


mula2 kita tanggalkan dulu penutup tombol ni.
senang aje. pusing aje ikut lawan jam. nanti tertanggal lah benda tu. nampak betul hasil cat yang tak sempurna pada penutup tu..


lepas tanggal penutup tu kita akan nampak kepingan besi yang ada skru.  gunakan pemutar skru untuk buka kepingan besi lama ini..

 

bila dan buka skru tu, tombol lama pun bolehlah dikeluarkan. inilah rupa pintu yang lopong tanpa tombol... hahaha

lepas tu kita cari lubang kecil kat tombol tu dan cucuk guna pin yang disertakan sekali semasa beli untuk menanggalkan tombol tadi.  ini yang paling seksa bagi saya. lama betul nak tanggalkan sampai anak saya pun tolong sama.


disebabkan tengah stress nak menanggalkan tombol tu sampaikan lupa nak snap gambar pin tu.. saya pinjam gambar dari google aje lah ye....  ini lah rupanya cara nak tanggalkan tombol tu..



dah lepas tanggal boleh lah di pasang.  Penyendal dan tombol perlulah dicantumkan. penyendal tu perlu ditekan masuk baru boleh bercantum dengan tombol.  bila kita tekan akan ada besi keluar kat penyendal tu. minta maaf gambar tak ada ye.. u ll kena imaginasikan sendiri.. tak pandai la pulak nak snap gambar..

bila dah siap pasang bolehlah skru pada kepingan besi dan tepi penyendal tu. lepas tu pasang penutupnya dan pasang balik kepala tombol yang dah ditanggal tadi...



inilah rupa tombol pintu baru saya...  gigih saya pasang.  bila dah siap sangat puas hati..
saya nak ingatkan sebelum dengan confiden tutup pintu tu, cuba dulu berberapa kali. kunci dan pulas ye.. ini untuk memastikan tombol tu berada dalam keadaan 'sihat' dan boleh digunakan..


lepas ni angan2 saya nak buat projek memasang wall paper pada pintu ini pulak...
tunggu..........
sekian, wassalam

No comments: