Tuesday, 5 April 2016

bunga ros lagi....

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

saya dari dulu memang minat dengan bunga ros.
antara sebabnya bunga ros ni berbau wangi.
dulu masa remaja saya pernah tanah bunga ros pink kat sebelah bilik air luar rumah emah saya..
alhamdulillah pokok tu hidup dengan suburnya..
kalau nak masuk bilik air  bau wangi aje..

sebelum ni ada juga saya tanam pokok bunga ros kat halaman tepi tu.
tapi tak menjadi.
yang hidup cuma yang kat bahagian depan rumah aje..



inilah ros pink yang hidup subur kat depan rumah saya.  ini gambar lama. tapi sekarang tak ada bunga. mngkin sebab saya tak letak baja.  lepas letak baja nanti harap2 ros ni akan berbunga semula macam dulu.



ini pula bunga ros purple yang saya pernah cuba tanam.    warnanya yang unik telah menarik minat saya untuk membelinya.  malangnya  pokok ini tak dapat bertahan. kena mesin rumput. sob, sob, sob.. tak tau lah kalau kat bahagian bawah tu nanti akan bercambah pokok baru.  (masih menaruh harapan lagi tu...)

ros merah memang sering jadi kegemaran ramai.  saya pun suka.  ros merah ni sama saiz dengan ros yang biasa kita beli untuk dihadiahkan kepada seseorg yang istimewa.  ini gambar yang diambil sebaik sahaja saya tanam.

dan gambar bawah ini adalah gambar terkini pokok ros merah ini.. (jangan ditanya kenapa kualiti gambar berbeza... dua2 guna kamera hp tp brand yang berbeza..)

 


alhamdulillah.. hidup subur. ini bunga pertama yang keluar.  gambar atas tu bunga masa beli...
sekarang ni banyak tunas2 baru yang mula tumbuh.

sekian.
wassalam.


like