Friday, 8 April 2016

Puding biskut tiramisu

assalamualaikum semua


semalam semangat nak memasak tetiba datang pulak.
balik dari ofis saya terus keluarkan bahan2 dan mulakan operasi

resepi ini simple aje.
anak2 pun suka
pagi tadi diorang makan dan bawah bekal.
kalau ikutkan dah namanya puding, sesuai sebagai desert tp sebab tekak anak2 saya memang lain sikit, pagi tadi licin dah diorg makan dan bawa bekal ke sekolah..
mama diorang dapat makan 2 potong aje.. hihihi.
tp seronok sebenarnya bila nampak anak2 bersemangat makan masakan yang kita buat..

jom tengok macam mana nak buat puding biskut tiramisu ini

bahan2

biskut kraker secukupnya
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (saya kurang kan supaya kurang manis)
1 tin air
5 sudu besar tepung kastard
1 sudu esen vanila
sedikit garam

bahan hiasan

serbuk milo
nestum

cara membuatnya.



saya guna biskut kraker ini aje

  • mula2 alaskan loyang dengan plastik dulu. supaya senang nak keluarkan puding tu nanti
  • susun biskut ke dalam loyang. biskut tak perlu direndam. letak aje keras2. tengok gambar di bawah

  • masukkan susu cair, susu pekat, air, tepung kastard, esen vanila dan garam ke dalam periuk.
  • hidupkan api dan kacau perlahan2 dengan api yang kecil.  adunan perlu sentiasa dikacau untuk mengelakkan ianya berketul.


  • setelah nampak likat matikan api.  tuangkan ke atas biskut yang telah disusun tadi. ratakan dengan menggunakan sudu.

  •  setelah itu taburkan nestum dan serbuk milo. ini ikut suka hati ye. nak banyak ke nak sikit ke ikut tekak sendiri.


  •  kemudian susun lagi biskut kraker tu dan ulangi langkah tadi hingga mencapai ketinggian yang kita mahukan.



  •  akhir sekali lebihkan letak nestum dan milo pada bahagian atas lapisan puding ini.  kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.  saya siap masa maghrib.  so saya masukkan peti sejuk sampai pagi tadi baru keluarkan.


  •  inilah rupanya puding biskut tiramisu yang sedappppp. 





sekian, wassalam..

like