Thursday 5 May 2016

memasang smoke detector

assalamualaikum semua

kita selalu membaca berita kes kematian yang berpunca daripada kebakaran sama ada di dalam rumah ataupun dalam kereta.

dalam 2 minggu lepas (x ingat) saya menghadiri ceramah pasal kebakaran.  penceramah tu memang bagus.  dia mengingatkan kita tentang pentingnya keselamatan kebakaran terutama di rumah.

alat pengesan kebakaran yang sesuai dipasang untuk bangunan kediaman adalah smoke detector.  alat ini akan mengeluarkan bunyi apabila mengesan kehadiran asap.  secara tidak langsung, ia akan memberi peringatan kepada  kita tentang bahaya kebakaran semasa kita sedang tidur. Kajian menunjukkan biasanya kebakaran kerap terjadi ketika kita sedang lena tidur.  ini kerana pada waktu tengah malam penggunaan elektrik berada pada tahap tertinggi. kejadian litar pintas memang kerap terjadi pada waktu ini. Biasanya kita akan tersedar setelah kebakaran mulai merebak dengan ganas.   pada waktu api ini amatlah payah untuk dipadamkan dan amat merbahaya.  oleh itu pengesanan kebakaran peringkat awal adalah amat penting

Demi keselamatan saya anak beranak, saya telah membuat keputusan untuk menbeli alat mengesap asap dan memadam kebakaran.  saya beli 2 buah fire extingusher dan 2 buah smoke detector.



inilah alat mengesan dan memadam kebakaran yang saya beli.  fire extingusher yang silinder merah tu sebenarnya ada 2. kat gambar nampak 1 aje kan.  sebenarnya yang satu lagi saya letak kat kereta. takut lupa saya tak mahu keluarkan.


Fire extingusher yang saya beli ini comel aje.  beratnya hanya 1 kg.  sesuai untuk kegunaan rumah kediaman.  Kategori ABC dan jenis serbuk kering. kalau dulu silindernya warna biru tapi sekarang telah diselaraskan dengan warna merah sahaja.  sy belum ada idea lagi nak sangkut kat mana.  buat masa sekarang, saya letak dulu kat tepi rak ni sebab senang nak capai kalau berlaku kecemasan. kelebihan fire extingusher ini silindernya ada waranty sepanjang hayat.  setiap 5 tahun sekali boleh hantar ke pihak osafe untuk diselenggara.

menurut kata penceramah tu, fire extingusher dan smoke detector boleh didapat di pasaran besar seperti Giant, tesko dll tapi saya tak pernah nampak. atau mungkin x ambil peduli.. cuma diingatkan kalau nak beli fire extingusher untuk diletakkan ke dalam kereta, pastikan jenis yang mempunyai anti letupan sebab kereta terdedah kepada kepanasan haba yang melampau.  tapi kalau nak letak at rumah, boleh aje beli yang biasa.  cuma kandungan serbuk kering yang ada didalam silinder tu perlu selalu diselangara setiap tahun sebab bila lama2 serbuk kering dalam tu boleh mengeras. nanti kalau berlaku kebakaran, alat tak boleh digunakan pulak sebab dah expired.




inilah rupa smoke detector yang saya beli dari osafe. perlu diingatkan sesiapa yang nak pasang smoke detector ni jangan pasang di dapur ye.  nanti setiap kali kita masak, alat ni pun berbunyi.  tak pasal2 hari2 ada kebakaran kat rumah pulak...


 

smoke detector ini telah dibekalkan dengan bateri.  kita cuma perlu pasang bateri ini aje. lepas tu boleh cuba dengan menekan butang pada bahagian hadapat alat ini. selepas pasang bateri alat ni akan berkelip2.

 
saya cuma gunakan heavy duty double sided tape aje untuk memasangnya.  tampal pada bahagian belakang smoke detector ini.

sebab saya beli dua, saya pasang pada tempat yang disarankan. satu berdekatan dengan DB dan 1 lagi kat tengah2 ruang tamu.  




ini lah perhiasan tambahan pada bahagian siling rumah kami.  di bahagian tengah rumah, x jauh daripada kipas siling dan penjuru berdekatan dengan distribution board.




sekian untuk entry keselamatan saya.

wassalam

No comments: