Monday 27 June 2016

menukar soket

assalamualaikum semua

sebenarnya soket dah lama rosak.
soket baru pun dah lama beli.
tapi semangat nak tukar aje yang ke laut.
sedangkan menukarnya tak sampai 5 minit pun.
cuma kena berhati2.
pastikan suis utama dimatikan.
kalau tak, risiko kena renjatan elektrik boleh terjadi...

perlu diingatkan apa2 sahaja yang berkaitan dengan elektrik kena lebih berhati2.
pastikan keselamatan diutamakan walaupun anda ada sijil tauliah.
kalau dah terjadi, cakap pun tak guna.
okey lah... panjang pulak mukadimahnya.
padahal nak tunjuk cara tukar soket aje pun..
hihihi


inilah rupa soket yang dah kena bukak tu.  sila abaikan kekotoran yang ada dalam soket lama tu. maklumlah rumah dah berusia 10 tahun.  jangan terkejutlah tengok warna soket lama yang keruh tu.  

 

inilah soket baru.  pandangan belakang dan depan ye... pastikan ada label sirim baru beli bagi menjamin keselamatan barangan elektrik dan nyawa kita.  jangan main2 dengan elektrik ye... benda2 ni tak boleh ambil ringan...


pasangkan wayar ikut warna ye... kalau tak tahu meh saya ajar.
warna merah tu pasang huruf  L maknanya wayar hidup.  ini yang kena jaga2 sebab kalau suis utama tak dioffkan.  renjatan elektrik boleh berlaku.
wayar hijau tu sambung pada huruf E maknanya itu wayar bumi
wayar warna hitam tu pulak sambung pada N iaitu neutral.





sila abaikan soket yang bewarna coklat kat sebelah tu... selagi tak rosak, saya akan guna aje.. nanti nak cuba cari pencuci yang boleh terangkan warna soket tu pulak

Sekian, wassalam...



1 comment:

Anonymous said...

kalau tekan suis lepastu bunyi karen, lampu pun jadi mcm kejap terang kejap gelap dan semut keluar daripada tempat suis tu, perlu ke tukar suis tu atau cuma bukak suis tu balik dan bersihkan tempat suis tu?