Monday 6 June 2016

pantai Pasir Panjang, Santubong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Hari Minggu lepas lepas Zohor saya sekeluarga pergi berkelah kat tepi pantai.  Sebenarnya dah lama saya tak bawa anak2 ke pantai.  Antara sebabnya Izah tak mahu sangat.  dia tak suka mandi di pantai sebab berpasir.  dia suka mandi kat swimming pool.  tapi kalau selalu sangat ke swimming pool pun bosan jugak...


 tapi disebabkan suasana panas, anak saya mandi kat pool jugak.  bayaran masuk ke pool tu RM5 seorang.  Izah tak mahu mandi, so dia duduk aje kat tepi pool tu..

dalam pool ini ada disediakan pelampung giant yang boleh dipanjat.  bukan main seronok lagi wani dan azim bermain.

saya pulak mula mengantuk sebab ditiup angin laut.  sempat  jugalah saya merebahkan diri untuk terlelap.  kawan saya dan Izah tolong jaga barang2...




sekian, wassalam..



No comments: