Monday 6 June 2016

suasana malam di Waterfront, Kuching

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

sebenarnya saya jarang keluar malam.  biasanya kalau mood malas memasak aje baru keluar ajak anak2 makan malam di kedai.  tapi biasanya makan kat rumah aje.  lagipun aktiviti selepas magrib memang banyak nak kena buat. nak ajar anak2 mengaji lagi, lepas tu sendiri pun nak lah juga mengaji sehelai dua.  so memang saya mengelakkan diri untuk keluar bersantai2 pada waktu malam.

mungkin sebab dah lama tak keluar bersantai2 waktu malam, tiba2 sabtu ptg lepas Izah mengajak saya keluar waktu mlm untuk ke Waterfront.  dia kata dah lama tak lepak kat sana.  saya pun ok ajelah. tapi saya ckp dengan dia lepas Isyak.  Jadinya sempatlah dia orang mengaji dulu sementara nak tunggu waktu Isyak.

lepas waktu Isyak, kami terus bersiap2 dan keluar.  lebih kurang 8.30 mlm dah bergerak menuju kedai makan dulu.  lepas makan barulah kami menuju ke destinasi...


kami parking berdekatan dengan dataran ni aje.  suasana di dataran ini lebih kurang macam di dataran Putra jaya.  cuma tidaklah seluas putra jaya.  antara aktiviti yang boleh dibuat kat sini main buble, lastik berlanpu (tak tau nak sebut) dll..

kami jalan2 aje kat sekitar situ.  sambil2 melihat aksi mereka bermain2 di dataran tu.  Azim ada juga merengek nak mainan tapi saya buat tak reti aje...


kalau teringin nak mengeliling sungai sarawak ni boleh lah naik cruise ni.. tapi saya tak pernah naik.

ada jugak gerai2 yang menjual cenderamata.  untuk pengetahuan semua, kedai2 di sekitar waterfront ini akan ditutup sekitar jam 6 petang.  maknanya kpd pengunjung yang tak sempat nak beli cenderamata, bolehlah beli kat gerai yang dibuka pada malam hari ini.  harga lebih kurang aje dengan kat kedai..

persembahan muzik juga ada disepanjang laluan waterfront ini.  bolehlah lepak2 sambil dengar lagu.  

bila dah  penat berjalan2 kami berhenti berehat kat gerai ini untuk menikmati ice cream.  sempatlah kami welfie sementara menunggu pesanan sampai..




inilah ice cream yang kami order. disebabkan dah makan malam, kami cuma beli 1 cup aje dan 2 cone dan kongsi sebab takut tak habis..









lepas menikmati ice cream kami terus bergerak balik sebab mata dah mengantuk.  area waterfront ini biasanya akan mula sunyi jam 12 mlm.

sekian, wassalam..

No comments: