Tuesday, 23 August 2016

Run for the BRAVEHEART 2016

assalamualaikum semua

entry kali ini nak cerita pasal aktiviti yang agak kerap dilakukan bersama anak2.
kali ini saya tidak melibatkan penyertaan anak2 sebab kosnya agak tinggi.  RM50 seorg. so sy sorg aje lah yang join.  tapi saya bawa juga anak2 kat situ.

bertemakan 'Run for the BRAVEHEART' merupakan aktiviti larian charity sebenarnya.  maknaya larian berserta dengan sumbangan untuk pesakit jantung.  starting point bertempat di Pustaka, Kuching Sarawak. bersebelahan dengan tasik.  Tempat ini memang kami selalu berkunjung untuk aktiviti berjogging dan bersantai2 sambil memberi ikan makan di tepi tasik tersebut.

sebenarnya ada 3 kategori jarak larian yang boleh dipilih iaitu 2 km, 5 km dan 10 km.  saya memilih 5 km sahaja.

 

ini baju dan bib yang diterima sehari sblm aktiviti bermula. baju pandangan depan dan belakang.


sebahagian geng2 yang menyertai larian ini. masa ni muka2 ceria sebelum larian dimulakan.


 
 bila larian dimulakan memang masing2 dah hilang dari pandangan.  bergantung kepada kepantasan masing ye..  bila dah sampai medal dan sebiji buah epal diberi...

  

inilah pandangan hadapan dan belakang medal yang diberi.. makin bertambahlah koleksi medal saya.. hihihi


 





sempat berselfie sambil2 menunggu kot2 nombor bib naik untuk lucky draw.  tp x ada rezeki saya kali ini...


antara gambar kenangan sebelum habis aktiviti..





dah habis aktiviti, singgah ke Giant pula untuk beli barang dapur.  sempatlah bergambar dengan Izah yang dah macam adik beradik pulak sebab ketinggian yang hampir sama. tapi sebenarnya Izah lebih tinggi dari saya dah..



saya memang suka aktiviti seperti ini sebab disamping beriadah, ia juga menyihatkan badan.  anak2 pun suka.  so saya tak ada masalah lah kalau nak join sebab ada geng kecil jugak.  hahaha...

sekian, wassalam

like