Monday, 5 September 2016

bread butter pudding guna pan

assalamualaikum semua

hari ini saya nak kongsikan kepada u'll bagaimana saya menyediakan sarapan pagi yang cepat dan menyelerakan yang menjadi kegemaran anak2.

bread butter pudding
1 cawan susu cair
1 biji telur
4 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
sekotak kecil kismis atau badam 
12 keping roti potong
sedikit butter

cara caranya:
  1. blend semua bahan..susu segar, telur, gula pasir & esen vanilla tadi dalam mixer.
  2. sebelum letak roti dalam pan tu jangan lupa salutkan dengan pan butter supaya nanti tak melekat dan lebih garing rasanya..
  3. kemudian susun roti potong tadi dalam pan. koyak atau potong kecik kecik..
  4. roti tu saya sapu dulu dengan butter..kasi lemak lemak sikit rasa dia nanti..
  5. lepas tu tuang bahan yang diblend tadi ke atas roti.
  6. taburkan kismis merata rata dalam pan tu.. tutup pan tersebut.
  7. hidupkan api dan masak selama lebih kurang 5 - 10 minit

sos kastard
1 cawan susu segar/ cair
2 sudu tepung kastard
3 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air sejuk

  1. pukul semua bahan diatas dengan menggunakan mixer. kalau tak ada mixer boleh guna blender ye... 
  2. kemudian masukkan dalam periuk. kacau selalu masa atas api  tu ya..api kecik jer..tak lama pun masa masak sos ni. ada la dalam 5 minit jer.. sampai dah agak likat tu dah ok la tu..jangan pekat sangat
  3. lepas dah masak saya terus tuang atas roti yang dalam pan tadi

jom tengok langkah demi langkah bergambar pulak ye













bila dah siap semuanya bolehlah dihidangkan.  puding ni sedap dimakan sejuk atau panas. tapi disebabkan sy buat utk sarapan dan bekal anak2, puding ini dihidangkan panas2.

sekian, wassalam.

like