Thursday, 1 September 2016

Butter Caramel Popcorn


Assalamualaikum semua

Sebelum ni pernah kongsi cara buat pop corn. Kali ini saya kongsikan lagi tapi sekali dengan resepi nak buat caramel pula. lagi sedap tau 
Butter Caramel Popcorn

Bahan:
200g Jagung Kering 
Sedikit Minyak
1 Cawan Gula Perang
2/3 Corn Syrup
100g Butter
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
1 Sudu Teh Esen Vanilla
Cara:
1. Panaskan jagung bersama minyak hingga meletup sepenuhya. Asingkan ke tepi.
2. Panaskan gula perang, corn syrup dan butter. Apabila butter cair, kacau perlahan.
3. Apabila telah mendidih, masukkan soda bikarbonat dan kacau rata. Masukkan esen vanila dan kacau rata lagi. Karamel telah siap.
4. Tuangkan karamel ke dalam popcorn dan kacau rata.
5. Ratakan popcorn di atas dulang besi yang telah dialas baking paper. Bakar pada 180° selama 20 minit.
6. Selepas keluar oven, biarkan sejuk sepenuhnya kemudian disimpan di dalam bekas kedap udara.
Nota:
1. Corn syrup boleh didapati di kedai bakeri.
2. Selepas keluar oven popcorn memang akan liat. Tunggu hingga sejuk sepenuhnya baru popcorn crunchy.
3. Cara mudah bersihkan periuk yang terdapat karamel yang melekat - masukkan air dan didihkan air. Karamel akan cair bersama air didalam periuk.


like