Wednesday 7 September 2016

Bumbu Cabe

assalamualaikum semua

entry kali ini sy nak cerita sikit pasal tempat makan best kat bandaraya Kuching ni.
mee kolok, laksa sarawak, nasi ayam penyek merupakan antara makanan yang popular di bumi kenyalang ni. tapi kadang2  bila dah menetap kat bumi kenyalang ni tekak pun nak rasa makan lain pulak kan.

kalau nak merasa makanan ala indonesia  boleh lah berkunjung ke bumbu cabe yang beralamat di ICOM Square, Jalan Pending.  Restoran ini menghidangkan masakan sunda.  Masakan sunda merupakan masakan orang Sunda Jawa Barat (Bandung) Indonedia.



antara ciri2 masakan sunda adalah nasi putih dimakan bersama sambal dan ulam-ulaman serta pelbagai lauk pauk yang kebanyakannya ditumis. Saya perhatikan kurang unsur2 kuah pada masakan ini.  

gambar di bawah antara lauk pauk yang dipilih. ayam masak kicap, sambal goreng, sayur kacang panjang tumis, kentang  bercili (yang dipotong panjang2), rojak buah dan kerabu taugeh


gambar di bawah ini pula adalah air sirap selasih, sotong goreng tepung, sayur ubi masak lemak, ikan goreng, set sambal dan ulam-ulaman serta ikan masin goreng 






licin semuanya... maknanya sedapppp hingga menjilat pinggan..



antara hiasan yang menarik mata saya di restoran ini



suasana di bahagian dalam restauran.




ini antara menu yang dipaparkan di restoran tersebut.  ini harga pada sept 2016 sahaja ye.  waktu lain saya tak tau...



inilah deretan lauk pauk yang dihidangkan di restoran ini.. banyak gilerrr...



sekiranya tak mahu suasana air cond dalam restauran, kita boleh juga memilih untuk makan di bahagian luar.


gambar kenangan sebelum masing2 balik.


sekian untuk entry jalan2 cari makan saya...
wassalam..

No comments: