Monday, 19 September 2016

Mengembara ke Selakar daerah Pemangkat, Kalimantan Indonesia

assalamualaikum semua

kali ini saya nak ceritakan pengalaman mengunjungi satu kawasan di Kalimantan, Indonesia yang diberi nama Selakar yang terletak di Daerah Pemangkat.  Saya menggunakan kenderaan sendiri menuju ke kawasan tersebut.  Sebenarnya perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam.  Tapi disebabkan berlaku salahfaham dan kekeliruan, saya terpaksa berpatah balik ke Tebedu-Entikong untuk mendapatkan roadtax dan insuran terlebih dahulu sebelum dibenarkan melepasi sempadan di Biawak. Jarak perjalanan dari Biawak lebih kurang 250 km sahaja tetapi keadaan jalanraya yang masih dalam proses membinaan menjadikan kenderaan saya tidak dapat nak bergerak laju.

disini saya nyatakan perkara2 yang perlu dilakukan sebelum perjalanan melalui sempadan Biawak.

1.  dapatkan road tax (RM 10) dan beli Insuran (RM70) dari pejabat imigresen Entikong melalui Tebedu, Serian.
2.  Isi segala dokumen perjalanan di Entikong (duit kopi RM10)
3. Tampal Road tax pada hadapan cermin kereta.
4.  Pemeriksaan kenderaan (RM10) tetap kena juga walaupun saya dah ckp yang saya akan masuk melalui sempadan Biawak..

sediakan wang RM10 byk2 ye.

Perjalanan ke Selakar adalah melalui Sempadan Imigresen Biawak yang terletak di Kawasan Lundu.

Aktiviti mengecop pasport perlu dibuat di Sempadan Biawak dan seterusnya memasuki sempadan Indonesia.

*Sila sediakan wang kecil semasa di nak melepasi sempadan Indonesia sebab mereka akan minta wang imbuhan.

ini borang yg perlu diisi dan roadtax serta insuran yang perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum boleh membawa kenderaan ke Indonesia.

 


ini pemandangan di sempadan Tebedu - Entikong.  keadaan di Entikong agak sesak sebab kerja2 menaiktaraf bangunan2 sedang giat dilaksanakan..

Gambar di bawah adalah keadaan jalanraya sebaik sahaja melepasi sempadan Indonesia.  menangis tengok jalan.  bawa 25 km/jam aje. sayang kereta punya pasal...

kebetulan baru lepas hujan. lagi teruk lah keadaan jalan dan saya perlu lebih berhati2 sebab keadaan jalan yang licin.





 ini antara laluan yang paling mencabar.  cuak juga nak lalu tapi tawakal aje lah.




situasi ini hanya dapat dilihat di Indonesia aje.  motosikal merupakan kenderaan utama mereka. dan mereka akan guna sepenuhnya kenderaan itu untuk aktiviti harian mereka.




pemandangan ketika menghampiri waktu senja.  sangat menarik



suasana waktu malam.  ambil gambar sambil bawa keta.. masa ini ramai yang dah dibuat mimpi. driver sahaja yang masih berjaga..




bila sampai di Bandar Pemangkat, kami singgah makan malam.  disebabkan keletihan saya hanya berselera makan bakso aje. tapi specialnya bakso ini adalah saiz bebola dagingnya yang sangat besar.



bila dah sampai ke destinasi yang dituju saya terus berehat.  buat sejarah saya memandu 14 jam tanpa henti..

Hari ke dua

kami berjalan2 di bandar Pemangkat.  pekan ni sebenarnya kecil aje tapi segala kemudahan ada di situ.  antara bank yang ada di Indonesia adalah BNI (Bank Negara Indonesia)



 



jambatan besi yang banyak kami lalui







bas yang ada di sini.


Bandar pemangkat pun masih dalam proses menaik taraf.  jalan2nya sedang diperbaiki lagi.




kat sini saya membeli sim kad. di Indonesia mereka sebut kartu.  untuk top up pula disebut pulsa.

 


dalam perjalanan sempat terlihat majlis kahwin.  diaorang tak pakai kompang.  pakai pancaragam rupanya..  tak jauh beza majlis kahwin di sini berbanding dengan negara kita.  ada bunga manggar dan khemah juga.  manakala pengantin turut diarak diiringi dengan pancaragam.



memang banyak kerja2 menaiktaraf jalan yang dilakukan sepanjang perjalanan saya.  memang kena berhati2 memandu di kawasan ini.




 sepanjang perjalanan juga banyak gerai2 di tepi jalan yang menjual minyak seperti gambar diatas ini.





sebelah malam saya tak berjalan sangat.  tapi sempatlah snap beberapa keping gambar dari dalam kereta.  malangnya gambar tak jelas sangat...





saya tertarik dengan design tingkap mereka.  daun tingkapnya ada 4.  boleh buka satu2.

 

Hari ketiga

sebelum memulakan perjalanan balik, sempatlah saya snap beberapa keping gambar kenangan disekitar rumah tempat kami menumpang tidur dan berehat.





 
  rumah mereka masih lagi mengekalkan identiti nusantara.  cantik.






saya singgah sekejap ke kedai Indomart untuk membeli sedikit barang makanan untuk bekalan sepanjang perjalanan dan ole2 utk anak2 yang ditinggalkan.

 

perjalanan balik pula saya dihidangkan dengan melihat pemandangan sawah padi sepanjang perjalanan. masa pergi tak nampak sebab berjalan malam.
































 boleh dikatakan kebanyakan rumah di sini akan memasang antena yang besar ini untuk mendapatkan siaran televisyen.



satu2nya stesen minyak yang terdapat disini.  yang ini masih dalam pembinaan lagi.










sampai di sempadan Biawak, kami terpaksa menunggu sekejap sebab kerja2 memasang kain rentang sedang dilakukan di pintu gerbang.




dan akhirnya, sampai lah kami semula ke Imigresen Malaysia.




sempat snap gambar sebelum ke kaunter untuk cop pasport.  muka keletihan..





setelah 5 jam memandu, kami berehat di pekan Lundu.  saya order ABC..


waktu ini dah nak senja.  snap beberapa keping gambar pulak semasa menaiki feri






bayaran tiket feri ini cuma RM1 aje.







keesokan harinya kami perlu ke sempadan Tebedu Entikong untuk mengembalikan roadtax.









selesailah perjalanan kami merentas sempadan Biawak ke Selakar Indonesia.  perjalanan yang cukup panjang, mencabar dan memberikan pengalaman yang sangat berguna.

Sekian, wassalam

like